Saturday, December 27, 2008

Sepi = Sendiri

Aku kembali sendirian. Kak Ann baru saja pergi setelah hampir seminggu di sini. Sedih. Itu saja aku dapat gambarkan. Sekarang hanya tinggal aku menyusuri arus kehidupan di sini. Tabahkan hati Jiha!!! Bisikku pada bulan, Kembalikan Temanku...(tak ingat lak hehe. jap eh)

Tetiba teringat filem Sepi. Imaan. Adam. Sufi. Sebuah cerita yang sangat menusuk kalbu. Tambahan lagi, dengan pembawaan para pelakon yang sangat professi dengan watak yang diberi. Menjadikan cerita itu sangat indah.



Tahniah kepada Kabhir Bhatia, pengarah yang sangat pandai bermain dengan 'viewing'. Tetapi setiap cerita sangat pendek. Mungkin Pengarah Khabir terikat dengan 'time line' yang diberi. Flow cerita sangat cantik, tetapi belum sampai klimaks, penonton dah sampai ke pengakhiran cerita. Saya memberi cadangan agar Khabir membuat satu filem berkisarkan kisah dalam filem ini. InsyaAllah ramai yang akan suka kerana setiap cerita pendek ini sangat sedih dan mempunyai kekuatan dari segi emosi. Walaupun ceritanya pendek, tetapi secara jujurnya saya menangis lagi-lagi untuk cerita Sufi. Apa yang disampaikan oleh pengarah adalah realiti, selari dengan maksud SEPI.




Dengan itu saya bagi 6.5/10 untuk filem ini.


Salam~

Thursday, December 25, 2008

Bicara Seketika tentang H.I.D.U.P


Di suatu sudut penjuru ini
Aku duduk bersendirian
Seharian masa kuhabiskan
Hanya sekadar untuk merenungi
Cermin usia yang setia menemaniku
Merenung hari-hari yang telah berlalu

Saban hari aku berusaha
Untuk menjadi seseorang
Insan yang kenal erti redha
Menerima segala yang berlaku
Dengan hati yang terbuka
Dalam meniti hari-hari mendatang
Adakalanya keberanian diri ini direntap
Oleh ketakutan yang mendatang
Pabila memikirkan amal ibadat sendiri
Cukupkah dengan apa yang ada
Untuk dijadikan bekalan diri
Dalam menempuhi dunia satu lagi

Entahlah…Hanya ungkapan itu mampu diluahkan
Kerna aku sendiri tidak pasti
Apa yang bakal terjadi di masa hadapan
Adakah aku terus-terusan begini
Atau berubah secara drastik?
Aku tiada jawapannya
Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui


3.19 am (e4.7c)

salam~

Friday, December 19, 2008

Hari yang paling S.E.D.I.H

Hari ni kene check out LIDV and then kene check in room. Hari ni sangat-sangat sedih =( coz aku kene dua saman dari office. Aku tak kisah sangat kene saman, cuma sebagai MRC, ak kene lecture gle2 lecture dari office. Sedih memanglah sedih tapi nak wat camna, aku bukan seorang yang 'skema' ikut 100% rules and regulation UIAM. Aku pun manusia, biasalah wat salah. Minta maaf sangat2 kak Ja (presiden MRC) coz ak tgk dia yang marah sgt pasal rice cooker tu. Pasni aku tak wat lagi, tp ak tak brani janji =)
After this, i realize yang ak tak layak jd MRC. This is my last semester being MRC. Saje nak ubah angin bukan pasal dah fed up eh, nak masuk lain pulak, tak nak terikat senang ckit. Nak luaskan pengalaman, kalau asyik duduk tampuk yang sama, tak nampaklah realiti dunia. We'll see....

Tiba masa untuk ku pergi

Melangkah pergi dari sini

Tak terlintas di hati ini

Untuk menyakiti hati kamu lagi

MRC tetap di hati

Tiada pengganti

Maafkanlah sahabat

Tempatku bukan disini

(n_n)

~salam 09.50 pm~

Tuesday, December 16, 2008

Kahwin dah kakak aku : Nor Jihan + Ibrahim


Gambar ni di tangkap sejurus slps nikah kak ann, saja nak amik di kolam rumah aku (Galok!!!!hehe)..Nikah pada 28/11/2008. Jam 2.30 ptg. Nak tau bts (behind the scenes) event ni, pihak laki dah sampai pada jam 2.15 ptg, nak prepare sblm akad nikah. tapi kakak aku, jam 2 baru nak mandi + solat zohor + make up +++++.....adush!!!org dah tunggu kat bawah hampir sejam. Abang Zul (yang urus bhgn photography) dah tak senang duduk coz rupanya pada haritu photographer dari newspaper dalam ( Sabah Times) dan luar negeri pun ada hehe. Mula-mula risau gak coz aku ty kak ann "ada wedding photographer tak?". Kak Ann kata takda coz nak kurangkan kos. Then, pada hari kejadian, aku sendri tak leh amik gambar coz ramai sgt reporters (dari jabatan ayah aku satu, yg lain main masuk je siap interview abang Im -Ibrahim) Balik pada crita asal, abang im dah duduk atas tara (tempat nikah tu hampir stengah jam). Tingkat bawah nampak relax je, tak tau kat tingkat atas umah ak mcm ribut haha...kelam kabut mcm ada puting beliung je...."adik amik tu, amik ni"aku yang pening kepala...tu la kak ann tak prepare awal2 iskh3x~



Jam 3.10 baru start akad nikah. Mula2 dgr ceramah, aku ingat lama,rupanya tak sampai 15 minit, trus akad. Abang Im akad 2 kali. First tu terlebih 'NYA' lak,then tak sah. Second baru jelas sebutan dan laju je. For sure la abang Im ni dah berlatih smlm hehe (i guess la). Lepas akad nikah, kak ann tak nangis. Aku dan adik aku,Ilah yang nangis...(hahahaha). Dalam hati aku, kawen dah kak ann. Alhamdulillah dia dapat org yang dia impikan slama ini...Aku je la yang takda calon lagi =) ~


Banyak lg kejadian yang tak dirancang berlaku =). Nanti aku sambung lagi k=)






Tuesday, November 18, 2008

I want ONE!!!

While my sister and i 'jalan2' on the street of Jln TAR, we saw a lof of people carried Secret Recipe's cakes (I mean their box).
Nor Jihan : "dik, apesal ramai org beli kek secret recipe ni? Dua kotak lagi tu"
Najihah : "nda tau la kan, cuba dulu kita tgk di Sogo"
After we reached in front of Sogo..


I want to buy one and get free one. But there is nobody left, only me and my sister at UIA. Sooooo, 'telan air liur je la' hehe..


If you want to buy this cake, you have to line up until the next building (this is true okey). What can i summarized from here is that 35% of the customers is wearing SOGO t-shirt =)

1.32 am

SALAM~

Ulasan dari novel Tunggu Teduh Dulu


Kali ini aku nak menceritakan mengenai satu novel yang baru habis dibaca.

Tunggu Teduh Dulu, hasil karya Faisal Tehrani.Harga dia ada la dalam Rm29.00 (tapi dapat diskaun 20%), muka surat ada dalam 678. Ada seorang sahabat memberitahu aku bahawa Faisal Tehrani merupakan seorang novelis yang gaya penulisannya selalunya akan diselitkan dengan 'islamica genre'. Dia mencadangkan kepadaku untuk cuba membaca sebuah buku FT memandangkan aku gemar membaca buku2 Habiburrahman. Jadi, pada tanggal 9 november 2008, Ampang Point, aku membeli sebuah buku FT "Tunggu Teduh Dulu".
Novel ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Salsabila Fahim, yang mengusahakan sebuah ladang betik dibantu oleh sahabat nya, Teh Sofia beserta beberapa watak2 sampingan lain. Dah ada watak perempuan, mesti ada watak lelaki. Watak lelaki dalam novel ni adalah Kamil, Lam dan Sazli ( hero )n ada la watak sampingan lain seperti Shahruzzaman, pekerja2 ladang.

Sebenarnya, cerita dalam novel ni bermula dengan imbauan kisah silam di minda si Salsabila atau nama poplularnya Sal. Sal, Kamil dan Lam ni dulu kecik2, satu kawan sepermainan. Kamil ni kuat bersyair dan Lam ni kuat berfalsafah ( Lam bebangsa Cina) ).

Nak dipendekkan cerita, Sal ada mak tiri n seorang adik bernama Shahruzzaman. Ayah dia dah meninggal dunia di Mekah. Sal ni agak pening dengan perangai adik dia yang selalu datangkan masalah. dan ladang betiknya kena serang penyakit iaitu penyakit nithen.

Berlaku cinta tiga segi ke berapa segi antara Kamil, Lam dan Sazli. Perbuatan Kamil yang selalu mendekati si Sal membuatkan Teh Sofia merajuk lalu melanjutkan pelajarannya ke Australia.

Akhirnya Sal dalam dilemma nak uruskan ladang lagi, nak jaga mak tiri dia yang tenat lagi, nak jaga adik dia yang degil dan nak jaga hati si Lam dan Kamil lagi ( kebetulan Lam dah masuk Islam - tukar nama Saifullah ) Namun, penulis menunjukkan sifat ketabahan pada diri Sal,bagaimana dia dapat menghadapi semua masalah itu.

Terakhir sekali, Sal ni kawin jgk dengan sape?nak tau, kena la beli buku ni. nak pinjam? boleh je. . hehe (n_n). Aku menyarankan novel ini sesuai dibaca untuk mereka yang ingin menjadi tabah menghadapi ujian dan cabaran dan khususnya untuk para muslimat..

12.30 am
SALAM~

Monday, November 17, 2008

KeCeWa


Semester 1 sesi 2008/2009 baru sahaja selesai. Ketika coretan ini direalisasikan, aku berada di rumah. Persiapan perkahwinan boleh dikatakan 51% selesai. Berhenti seketika dari mengira cenderahati, aku terfikir untuk meng’update’kan blog yang lama tidak beraksi seolah-olah ‘Helang yang Mati".

Hampir 22 minit berada di depan laptop, timbul idea untuk menulis mengenai Kecewa (sambil mendengar lagu Hanya Ingin Kau Tahu dari Republik =)). Tercetusnya idea ini selepas aku sendiri mengalami perasan kecewa. Manusia, tidak boleh lari dari perasaan ini. Lebih-lebih lagi, status sebagai seorang pelajar, banyak bermain dengan emosi untuk melahirkan jiwa yang matang dan waras.

Pernahkah kamu merasa hampa?
Pasti, selagi kita bernama manusia, selagi sampan kehidupan ini kita dayung di lautan kehidupan di dunia yang penuh dengan dengan ombak dugaan dan taufan ujian, semestinya rasa yang menyakitkan itu pernah hinggap di dalam hati kita, bukan?
Mengapa harus ada rasa kecewa?
Mengapa perlu ada airmata duka?
Dan bagaimana pula kecewa itu boleh lahir?
Bukan kah indah hidup ini seandainya tiada derita?

Pertanyaan-pertanyaan sedemikian selalu benar mengetuk pintu benak kita, di saat kita dilanda rasa kecewa. Benar, bukan? Dan memang benar juga, bahawa tidak ada kecewa yang menggembirakan atau diundang.

Kecewa berasal kegagalan kemahuan ditunaikan. Dengan adanya tuntutan, kemahuan ataupun kehendak diri dan hati yang tidak dipenuhi ataupun tidak dipenuhi dengan sempurna. Tuntutan, kemahuan ataupun kehendak dalam diri manusia adalah tidak ada batasnya. Adakalanya, kita meletakkan harapan kita pada sesuatu ataupun pada sesama manusia, yang mana kemudiannya kita dihempap rasa hampa kerana harapan kita itu tidak terlaksana. Maka dengan itu, sebaik-baik tempat untuk kita gantungkan sejuta harapan adalah kepada Allah s. w. t. kerana Dia tidak pernah menghampakan kita hambaNya yang lemah tak bermaya. Sekalipun apa yang diberinya tidak seiring dengan apa yang kita idamkan, namun, bagi mereka yang telah tanamkan pohon taqwa dan harapan kepada Allah s.w. t., akan menyedari dan memahami bahawasanya, Allah itu, Maha Mengetahui…. tidak akan diberikan sesuatu, melainkan hanya untuk kebaikan kita, hambaNya yang hina…

Kecewa kearah perasaan negatif
Rasa kecewa boleh mendorong perasaan cemburu, iri hati, dengki, putus asa, lemah semangat, rendah diri, serta pelbagai lagi perasaan yang lain, dan perasaan-perasaan itu boleh pula menjadi penyebab kepada perbuatan yang kita akan lakukan untuk mengurangkan atau melarikan diri dari rasa kecewa itu. Walau bagaimanapun, rasa kecewa itu juga sebenarnya adalah penawar yang pahit tapi mujarab untuk menyembuhkan penyakit jiwa yang seringkali jangkitannya terkena pada kita.

Kecewa kearah perasaan positif
Kecewa boleh menjadi satu batu loncatan untuk kita melompat dengan lebih tinggi dan bisa menjadi satu bentuk rasa yang mampu melahirkan suara hati, kemudian pula kemahuan dan akhirnya menjana tenaga yang membuahkan tindakan, yang pastinya sesuatu yang positif untuk melahirkan sesuatu yang positif juga.

Petikan dari DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Asas kehidupan adalah perjuangan. Perjuangan dalam peperangan, dan dalam setiap peperangan, yang menjadi pertaruhan adalah kalah atau menang, jarang yang seri. Amatlah besar bahaya perjuangan ini sekiranya kita hanya bergantung dengan prestasi dan kekuatan yang rapuh. Sepertinya kita bergantung kepada ranting yang rapuh, yang mana ranting itu sendiri sebenarnya tidak punya kuasa untuk melindungi dirinya sendiri, apatahlagi yang bergantung padanya. Malah, kenyataan hidup menyaksikan, bahawa semua yang ada di dunia ini adalah terbatas oleh ruang dan waktu. Ada mula, ada akhirnya, boleh rosak, boleh berubah. Tiada yang sempurna sesempurna Dia yang Maha Sempurna.

Sedarkah kita, bahawa kecewa dan dukacita itu, dapat membuang kemunafikan, kepura-puraan kita, membuka ruang diri dan mengungkapkan sebagaimana apa adanya.

Dalam keadaan yang penuh kesakitan ini, kita tidak pernah mampu lagi menipu diri. Maka, sekiranya peribadi yang utuh itu milik kita, insyaAllah, kita mampu menerima luka itu sebagai berkat dan kurnia, jika sebaliknya, pasti kita menjatuhkan sumpah dan kutukan kepada luka dan kecewa itu tanpa berusaha mengenali dan mencari penawar untuknya.

Bersihkanlah kecewa itu dari rasa putus asa. Bersihkan kecewa itu dari duka yang menjadi sumber godaan syaitan yang terbaik untuk menyesatkan kita.
Bersihkanlah kecewa itu dari kutukan yang menghilangkan hikmah dari pandangan mata. Bersihkanlah kecewa!


5.32 pm
SALAM~
-separuh dari cetusan idea ini diambil dari beberapa sumber rujukan.


Sunday, August 31, 2008

McLead- MRC Leadership Training Camp 2008


1-3 Ogos 2008, Student Development Activities (S-Dev) telah menganjurkan MRC Leadership Training Camp bertempat di Genting View Resort. Seramai 240 orang pelajar – 12 pelajar mewakili setiap mahallah.



Rumusan dari program tersebut:
1 Ogos 2008- semua peserta diwajibkan pergi ke CAC untuk mendengar ceramah mengenai tanggungjawab sebagai MRC (Mahallah Representative Council). Kami dibentangkan mengenai bajet untuk melakukan aktiviti. Dalam yuran, sudah disematkan dengan bayaran aktiviti yang di anjurkan oleh S-Dev sebanyak RM50. Jumlah ini dibahagikan Rm10 untuk McLead, Rm10 untuk ‘welfare’ dan Rm30 jumlah bersih untuk aktiviti mahallah. Cuba kira, jika seorang Rm30, 1000 orang??? Jadi aktifkanlah dirimu untuk mengikuti program yang diadakan di bawah STAD. Selain itu, peserta diberi kumpulan-seramai 15 orang satu kumpulan berlainan mahallah dan posisi. Peserta diberi satu tugasan untuk membina satu arca yang diperbuat dari surat khabar dan terpaksa dibentangkan terus kepada para hakim. Dipendekkan 9pm, kami diberi baju untuk aktiviti pada keesokkan harinya.

2-3 Ogos 2008- 7 pagi, berkumpul dan sarapan pagi. Tepat jam 8, bergerak ke Genting View Resort dan sampai sejam selepas itu. Aktiviti pertama ialah treasure hunt. Apa yang menarik, treasure hunt diadakan di luar kawasan resort. Peserta terpaksa mencari klu dan menjawab soalan-soalan mengenai rector, dean, mahallah dan apa sahaja mengenai kampus UIAM di Gombak dan Kuantan. Pada petangnya pula, ‘indoor game’ di mana semua peserta akan bermain permainan yang diadakan oleh penganjur. Melalui aktiviti-aktiviti ini, semua peserta menjadi rapat dan apa yang dapat dilihat, mereka boleh bertukar idea untuk menganjurkan aktiviti mahallah bersama. Banyak lagi program yang diadakan sampai keesokkan pagi. Peserta bertolak balik ke UIA pada jam 12 tgh hari.


Sudut pandangan ketiga:
Bagi aku, program ini banyak kekurangan dari segi aktiviti dan motif pengisian penganjur. Pertama, aktiviti-aktiviti yang diadakan tidaklah mencabar. ‘Mencabar’ disini bukan aku memandang rendah mengenai apa yang cuba dilakukan, Cuma dari aspek input mengenai kem ini kurang dilaksanakan. Bagi pelajar yang pernah mengikuti program McLead ini bersetuju bahawa McLead kali ini tidaklah mencabar kredibiliti kepimpinan seperti kem-kem yang terdahulu. Malah, peserta lebih banyak ‘relax’ dan makan (6 kali makan sehari) berbanding mengeluarkan peluh atau men’generate’kan idea.


Kedua, aktiviti-aktiviti kali ini lebih bersifat ‘kebudak-budakkan’ seperti tresure hunt dan sukan neka. Tambahan lagi, aktiviti treasure hunt tidak adil dan tidak ‘well organised’ dimana klu-klu tidak dibahagikan sama rata dan permainan berdasarkan ‘first come first serve’ walhal kami dilepaskan mengikuti nombor giliran kumpulan. Tentulah kumpulan pertama yang dilepaskan akan menang kerana telah mendapat klu-klu terlebih dahulu. (Supposedly the organizer should give same amount of clue refer to their group number and from that, it equally and fair to us!!!). Aku tidak menyalahkan pihak penganjur kerana mereka sudah menerangkan masalah yang dihadapi. Pihak Genting View Resort tidak membenarkan sebarang aktiviti luar melainkan dengan pekerja mereka, pihak S-Dev tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ingin melatih sendiri para peserta. Oleh sebab itu, banyak aktiviti luar dimansuhkan dek kerana masalah ini.


Pandangan Positif :
Melalui kem ini, aku telah berkenalan ramai pelajar dari mahallah lain termasuk pelajar dari Kuantan Campus. Banyak idea yang telah dibentangkan untuk program pelajar untuk 2008/2009. Insya Allah, we will fully utilize the money in the right path. Pray for the new recruitment of MRCs and please support us in our activities~ We all using your money, and why you do not want to enjoy and appreciate it???? (n_n)




Wassalam~

Saturday, August 30, 2008

Terima Kasih Sahabatku~



24 Ogos 2008 genap diri ini mencapai umur 21 tahun - umur yang cukup untuk mengundi =).
Terima kasih kepada teman-teman di Sabah dan Semenanjung Malaysia yang masih ingat tarikh ini dan teristimewa buat Shepa, Ainon, Ima, Fateha dan Anis kerana memberi kejutan sambutan hari lahirku di bilik E 4.7 (that is totally non expected).





-ceritanya begini, pada hari ahad aku hanya sekadar menerima ucapan selamat hari lahir melalui SMS dan secara ‘verbal’ dari teman sebilikku iaitu shepah,ainon dan anis. Pada keesokkan harinya, kelas Business Finance dilanjutkan sampai ke 7 pm. Dengan keadaan yang terburu-buru (belum sembahyang asar berikutan ada kelas Fiqh sebelum itu), aku dan ainon terus meluru ke surau dan menunggu masuknya solat maghrib. Tetiba Ainon mengatakan padaku untuk menunaikan solat sejurus masuknya waktu azan kerana katanya ada hal penting malam tu. (Aku pun meng’iya’ kerana dasar orang menumpang macam ni lah=) Sampai di mahallah, aku tidak terus ke bilik kerana terpaksa ke stor sebentar mencari buku untuk seorang sahabat. Sampai di bilik, aku terkejut melihat pintu dihiasi dengan belon berwarna pink dan bertulis ‘HAppY BEsDay NajiHaH’. Buka pintu, “happy birthday kadek” (my nick name). ‘And I was shocked that they will do this for me’. Aku hampir menangis sebenarnya kerana disaat aku merindui keluargaku, ada teman yang masih menghargai kehadiran diri ini di perantauan.

Aku sebenarnya selalu ‘stress’ di UIA kerana dengan bebanan ‘assigment’ dan subjek-subjek ‘killer’ yang aku dalami semester ini. Sebab itulah pemilihan kawan sangat penting bagiku. Sejak bersama dengan ‘rumate2’ baruku ini, I have learn a lot of things. I'd learn how to adapt with other people with difference attitude, learn how to share, and now I’m not shy to do something beyond my limit (n_n). Maybe sometimes I felt stress to see how they study, but it encourage me to study more. Thank U all. Sayang ainon,shepa,ima,fateha dan anis~


Impianku setelah mencapai umur 21 :
-Ingin berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap yang aku lakukan
“ Orang yang bahagia tidak selalunya memiliki hal-hal yang terbaik. Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik pada setiap hal yang hadir dalam hidupnya”
-Memperbaiki akhlak agar menjadi insan yang sentiasa berdiri di jalan Allah.
-Mengurangkan perasaan malu. Itulah satu-satunya sifat dalam diri yang aku ingin meminimakan sebaik mungkin.
-Ingin mencari ‘seseorang’ yang boleh membimbing aku. Memberi aku sokongan dikala jatuh.
-“To raise up my level of confidence”. (I know I can be leader, it just I do not have confidence to do it.)

Setakat ini, itu sahaja impian yang terlintas dalam fikiranku ini. (Banyak lagi sebenarnya, biar sedikit kerana yang dinilai bukan kuantiti tapi kualiti)

Kepada semua teman-teman, aku ingin memohon keampunan sekiranya pernah menguris hati sesiapa. Maafkanlah diri ini kerana diriku bukan sempurna~

Wassalam~

Friday, June 27, 2008

Buat Diri Yang~

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah iniDipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nuraniBidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna...
Menjemput Bidadari - Epicentrum
Didedikasikan khas:

Buat diri-diri yang masih sendiri, bersabarlah anda. Yakinlah di sebalik keseorangan itu punya hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya. Meski waktu terus berlalu, namun tak bermakna yang penantian itu adalah sia-sia. Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Bersabar dan berdoalah moga diperteguhkan iman sehingga saat itu tiba. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita.
Buat diri-diri yang telah berpunya dalam erti kata yang sebenar, telah menemui teman seperjalanan dan buat bakal-bakal pasangan yang akan mendirikan 'masjid', tahniah diucapkan. Moga bahgia hingga ke akhirnya. Bersyukurlah kiranya anda dipertemukan dengan sang pendamping untuk saling melengkapi diatas redhoNya. Syabas juga diucapkan kiranya hubungan yang halal itu telah menjadi benteng hawa nafsu, bakal melahirkan mujahid mujahidah sejati, meramaikan umat Muhammad penerus generasi rabbani, yang berpaksikan samara (sakinah, mawaddah wa rahmah). Biarkan syaitan-syaitan itu menangis di atas terbinanya sebuah hubungan cinta nan suci dalam rahmat Ilahi.
Buat diri-diri yang masih berstatus kabur (in relationship/ its complicated?), muhasabah kembali diri anda, adakah anda benar-benar telah yakin untuk meneruskan perhubungan itu? Adakah anda mampu untuk menunggu hingga tiba saatnya perhubungan itu diiktiraf halal dengan lafaz ijab dan kabul tanpa melanggar syariatNya? Ermm, fikir-fikirkan. Bagaimana untuk membina sebuah rumah yang teguh andai tapaknya saja sudah tidak kukuh? Wahai diri-diri, jangan dikau terpedaya dengan cinta palsu yang menipu itu. Cinta yang hanya membuatkan syaitan tertawa suka, kerana telah berjaya menyesatkan anak adam. Hingga terkabur mata, dinampakkan yang haram itu halal dan indah belaka . Justeru, sedarlah wahai diri-diri, kembalilah kepada pencarian hakikat diri, moga di situ kan kau ketemui cinta hakiki miliknya Al-Khaliq, kerana itulah sebenar-benar CINTA.
"If you want to build a faithful family,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. In every family that stands until their dying day,they have Allah on their side!"

~Menunggu untuk dijemput. Walau ku bukan bidadari~
Wassalam~

Wednesday, June 25, 2008

Andai Terlajak Laku

Sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas daripada kesilapan terutama dengan orang sekeliling. Kadangkala tanpa sedar, kita telah melukakan hati ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan sahabat.


Adakalanya sahabat kita telah melakukan kesilapan yang melanggari garis panduan yang diberikan oleh Allah. Sebagai seorang Muslim, kita harus mengamalkan konsep Amal Ma'ruf Nahi Munkar untuk menyedarkan sahabat tersebut. Kalau teguran hanya disimpan dalam hati, tidak di keluarkan melalui kata-kata atau teguran, itu menunjukkan selemah-lemah iman. Mungkin, dia akan sedikit terkilan, tetapi bagi aku tidak mengapa kerana "biar hilang kawan, demi menegakkan kebenaran". (berpandukan pengalaman HELANG)


"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)


Namun jika terlajak laku, segeralah kembali ke pangkal jalan. Maka sebab itu amat penting bagi kita bermuhasabah atau menilai diri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Itulah juga kerap disarankan al-Quran, antaranya seperti firman Allah dalam surah al-Hasyr:18 yang bermaksud:


"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan setiap diri melihat dan memerhatikan (muhasabah) terhadap apa yang telah dia sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (akhirat). Dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala apa yang dilakukan"


Tidak dinafikan, setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan, Namun selaku orang Islam yang insaf, kita harus bertaubat dah mengubah diri. Itu proses pembelajaran yang terbaik.
Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Tarmizi, al-Darimi dan Ibnu Majah yang bermaksud, "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang sentiasa bertaubat."


Pintu untuk berbuat kebaikan sentiasa terbuka. Jadi mengapa mesti bertangguh?




-Rujukan ayat dan hadis dari Buku Himpunan Hadis dan Falsafah.


Wassalam~

Sunday, June 22, 2008

Keputusan Festival Nasyid

Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dijuarai oleh pasukan dari bahagian Kota Kinabalu, SMA Toh Puan Hajjah Rahmah.

  • Dari segi penyampaian lagu, kumpulan ini mempunyai kelebihan dari segi lirik yang menggunakan pelbagai teknik metafora untuk melambangkan kekuatan isi lagu.

  • Elemen muzik lebih kontemperori membuatkan kami selaku penonton terpesona dengan persembahan mereka walhal pada masa itu, jam sudah menunjukkan waktu untuk makan tengah hari dan mereka merupakan pasukan kedua terakhir dari enam belas wakil bahagian. Aku amat kagum kerna mereka membuat persembahan dengan keyakinan yang tinggi, amat jelas terpancar di wajah setiap ahli kumpulan ini apabila melakukannya dengan bersahaja, senyum, impresi muka yang amat ceria.

  • Dari segi pakaian, warna hijau pucuk pisang menjadi pilihan. Tambahan pula, hiasan pada songkok membuat pasukan ini mempunyai kelebihan daya tarikan penonton terutama hakim. (bijak-bijak =))


Untuk pengetahuan semua, pasukan dari sekolah ini pertama kali memenangi pertandingan nasyid yang selalunya dirangkul oleh sekolah berasrama penuh, SMAKK. Dengan latihan setiap hari, siang malam, pasukan ini akhirnya dapat mewakili Sabah ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan di Terengganu bulan Ogos ini. Mak cik aku, Ustazah Ngaisah merupakan guru pengiring pasukan ini. Setelah mendengar usaha yang dilakukan, tidak hairanlah mereka menang. Ingat tak, nukilan lepas aku ada menceritakan masalah yang berlaku masa pertandingan tentang kerosakan pada PA sistem. Hampir kesemua persembahan terjejas dek kerna masalah ini, tetapi bila pasukan ini membuat persembahan, PA sistem kembali pulih tanpa sebarang cacat cela. Tapi, pasukan seterusnya, sistem kembali tersekat-sekat. Inilah berkat doa dan solat hajat yang dilakukan oleh pasukan yang terdiri dari sembilan orang pelajar lelaki.

"Setiap perbuatan yang dibuat dengan kesungguhan yang tinggi, diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah, Insya Allah dia akan dapat apa yang dihajati."


=>kalau tidak ada halangan mak aku juga akan pergi ke Terengganu menemani makcik aku selaku guru pengiring. Bagai pepatah 'sambil menyelam minum air', aku pun akan pulang ke kampung aku di Felda Jerangau, Terengganu dan juga menonton festival ini (kalau orang tanya dari mana, off course aku kata mengiringi pasukan dari Sabah=) )

Sampai disini sahaja.


Wassalam~

Saturday, June 21, 2008

Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah



21/06/2008 : Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah bagi sekolah-sekolah bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Inanam, Kota Kinabalu, Sabah(SEMAI). Mak aku dijemput hadir mewakili SMK Tansau. Sudah menjadi rutin setiap kali aku balik ke Sabah, mak aku akan membawa diri ini ke program-program sekolah. Jadi ape lagi, aku pun jenis suka pergi bersosial dengan orang yang lebih tua dari aku (hehe kawan-kawan mak aku la dikalangan cikgu2)..


Tema Festival kali ini "Minda Hadhari, Insan Bestari". Satu aku suka pergi ke festival nasyid ni, lirik lagu yang betul-betul mantap. Dari segi pengubahsuian lagu, amat kena dengan judul lagu yang disampaikan. Contohnya macam:

Minda Hadhari,
Insan Bestari,
Menjana hidup berkualiti,
Bulatkan perpaduan
Berasaskan Keimanan..
Hidup mestilah,
Berpandukan kitab Al-Quran
pegangan zaman-berzaman
~


Lebih kurang macam tu lah. Ada lirik yang lagi menarik, tapi dah lupa. InsyaAllah kalau dikembalikan ingatan lirik tersebut, aku akan re-edit post ini. Rentak melodi disusuli dengan alat-alat instumental seperti bonggo, marwa, tamborin,kerincing dan banyak lagi yang aku sendiri tidak mengetahui nama alat tersebut, melahirkan elemen muzik yang cantik dan harmoni.

Tetapi amat mendukacitakan, apabila ketiadaan elektrik berlaku dan masalah PA sistem. Bagi sekolah rendah, mereka amat bernasib baik kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Tepat pada jam 11.15, wakil-wakil bahagian sekolah menengah bersiap sedia untuk mempersembahkan nasyid mereka. Kumpulan dua yang mewakili Sandakan, yang merupakan pemenang bagi kategori ini bagi tahun 2007, mengalami masalah gangguan elektrik. Dimana mereka hanya sempat memperdengarkan lagu yang pertama, lagu kedua tidak jelas lirik lagu dek kerana sistem suara tidak berfungsi. Selesai membuat persembahan, elektrik kembali pulih. Sepatutnya Ketua Hakim mengulangi lagi tersebut untuk menunjukkan keadilan dan pada masa yang sama, wakil dari Sandakan turut berpuas hati kerana telah mempamerkan hasil nukilan mereka. Ini tidak, Ketua Hakim menyuruh kumpulan seterusnya naik ke atas pentas. Mana Keadilan yang PATUT di tonjolkan oleh pemangkin Islam Hadhari ini (ketua hakim dan hakim-hakim yang lain )...


Keputusan tak tahu lagi. Esok baru di umumkan siapa yang menang..
Sampai di sini saja.

Wassalam~





Sunday, June 8, 2008

Terima Kasih Teman...

Semalam seorang sahabat telah menge-mailkan satu artikel yang amat menarik. Aku pernah memberitahunya mengenai satu perkara yang belum ‘pasti’ merujuk perihal peribadi. Isu mengenai ‘jodoh’ =). Jadi dia memberi keyakinan padaku untuk melakukan sesuatu yang aku sendiri “tak tahu” (masih belum bersedia)…

Beberapa tip untuk menawan hati lelaki. Fahami psikologi mereka senanglah hidup anda. Ramai perempuan mengadu susah jodoh, sebenarnya mereka gagal menampilkan sifat yang betul untuk didekati. Ingat, kita berkahwin untuk mencari redha Allah sebab sehebat mana pun ibadah yang anda lakukan, tanpa berkahwin anda tidak akan mendapat kelebihan mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan Allah bergantung kepada redha suami.
  • Secara jujur kecantikan bukanlah syarat bagi lelaki untuk jatuh hati pada seseorang wanita. Buktinya banyak pasangan yang tidak ‘match’ boleh kita lihat di mana-mana. Yang penting adalah sifat kewanitaan sejati yang anda miliki. Lelaki yang terlalu mementingkan rupa sebenarnya tidak jujur.
    “sebuah kereta kalau boleh bergerak lancar tanpa sebarang masalah sama nilainya dengan senuah kereta mewah. Yang paling penting enjinnya.” Manusia juga begitu bukan?
  • Memang lelaki sukakan wanita. Jadi, jangan cepat marah apabila dipandang, ditegur, diusik mahupun dipikat lelaki. Relaks sahaja. Usah tunjukkan anda terlalu benci dan terlalu suka. Kontrol sedikit. Lelaki yang terasa hina boleh bertindak luar batasan. Kalau tidak suka diam sahaja. Usah keluarkan kata-kata kesat kerana itu akan mencabar ego lelaki.
  • Jika ada rasa tertarik pada seseorang lelaki, perlulah berikan ‘hint’ kepadanya. Jangan berlagak langsung tak ada apa-apa. Lelaki juga penuh dengan sifat malu dan kurang yakin. Bukan semua lelaki berani untuk pertama kali bercakap dengan wanita. Kebanyakkan lelaki gabra apabila dia berhadapan dengan wanita yang diminatinya. Oleh itu, berilah apa-apa syarat atau laluan yang dia boleh melahirkan perasaannya itu.Ramai wanita kurang menampakkan minat untuk didekati tetapi kecewa apabila melihat lelaki berkenaan telah menjalin hubungan dengan perempuan lain.


Terima kasih ‘R’ kerana memberi tiga panduan ini untuk mencari, seterusnya membina hubungan yang berkekalan. Dia nasihatkan aku “usah terlalu mudah didampingi, dan usah pula terlalu susah didekati”. Aku memahami ayat ini kerna aku mengaku yang diri ini amat susah untuk bergaul ‘mesra’ dengan kaum adam. Mungkin aku terlalu banyak *pantang larang* ketika berkomunikasi dengan mereka. Sebagai solusinya, aku akan cuba memperbaiki diri, kerana aku percaya “kecemerlangan hidup insani banyak bergantung pada pasangan yang betul”.


Sebagai ingatan buatku
Aku ada terbaca di majalah mengenai seorang wanita solehah pernah menulis begini, “Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan takwa kepada Allah, hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.”.
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang wanita telah melakukan solat 5 waktu dengan sempurna, berpuasa di bulan Ramadhan cukup syaratnya, menjaga maruah dirinya, serta mentaati suaminya, maka di akhirat akan diseru untuk masuk ke dalam syurga dari pintu arah mana yang dia suka”. (Riwayat Al-Bazzar)


Nasihatku pada semua sahabat, binalah hubungan untuk matlamat yang amat jelas iaitu perkahwinan, bukan berdasarkan nafsu sahaja. Perbaikilah diri, hiasilah peribadi untuk mendapat keberkatanNya. Jadikanlah perkahwinan jambatan menuju ke redha Allah.
Selamat Beramal…

Wassalam~

Saturday, June 7, 2008

Filem “Ayat-Ayat Cinta” tak seindah penceritaan novelis Habiburrahman El-Shirazy



Aku percaya ramai yang telah menonton filem ‘Ayat-Ayat Cinta’. Kata sahabat aku (indonesian), filem ini mendapat sambutan hebat di Indonesia. Filem ini berkisar tentang Islam tapi tidak dikelaskan sebagai ‘filem dakwah’ oleh pengarah atau produsernya, mungkin tidak mahu tontonan filem ini tersekat kepada satu golongan sahaja. Bagi sesetengah orang yang sudah menonton filem ini, mengatakan ia adalah sebuah filem yang mengharukan dan menginsafkan kerana menceritakan contoh terbaik cara percintaan berlandaskan Islam. Tetapi bagi yang sudah membaca buku ‘Ayat-Ayat Cinta’, filemnya tidak seindah jalan cerita sebenar yang ingin ditonjolkan oleh pengarangnya, Habiburrahman El-Shirazy.
Terdapat beberapa aspek yang tidak di masukkan dalam filem ini.


Pertama : Ketika Fahri berada di penjara. Dalam filem, hanya terdapat seorang banduan yang mana keadaannya sangat !naïf!, berbeda didalam novel, terdapat 3 orang ahli banduan dimana banduan-banduan ini adalah ahli-ahli agama yang hebat.


Kedua: Situasi di mana Fahri di penjarakan berlaku di bulan Ramadhan kerana Hibaburrahman mengolah keadaan Fahri menjalankan ibadat tarawih bersama 3 orang ahli-ahli agama (banduan) dan ketekunan Fahri melakukan Qiamulail setiap malam untuk mencapai hajatnya terlepas dari tuduhan fitnah, Noura. Dalam filem hanya menjelaskan seorang banduan itu (tidak ketahui asal usulnya) memberi semangat kepada Fahri, dengan menceritakan kisah Nabi Yussuf yang juga terkena tuduhan fitnah kerana ketampanannya, supaya Fahri bersabar dalam mengharungi dunia durjana ini.


Ketiga: Pada mulanya, Fahri tidak begitu senang kerana semua perbelanjaan di tanggung menggunakan kekayaan Aisya (ego seorang lelaki). Tetapi dalam novel ini, ada dijelaskan mengapa Aisya berbuat demikian. Aisya ingin mengikuti langkah Khadijah yang sanggup mengorbankan harta kekayaan untuk suaminya, Nabi Muhammad S.A.W yang tidak mempunyai apa-apa. Berlainan dalam filem, ada adengan dimana Fahri marah kepada Aisya ketika membeli komputer riba kepadanya, tetapi hanya setakat itu seolah-olah babak tersebut dipotong.


Jadi sebagai konklusinya, filem ini harus diperhalusi jalan pengolahannya agar percintaan berlandaskan Islam, Fahri-Aisya menjadi lebih rasional dan pengarah sepatutnya menjelaskan lebih lanjut setiap rentak babak agar tidak mengelirukan penonton.


p/s: dimanakah jejaka beperwatakan seperti Fahri, kalaulah ada, akan ku mula langkah dahulu…hehe


Disana pungguk menanti,
Mengharapkan bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri,
Menunggu penuh dengan kesabaran. =)


Itu sahaja untuk kali ini.
Wassalam~

Friday, June 6, 2008

BosAn....


Aku bosan sangat ari ni, kelas memang takde..tapi asyik sibuk dengan kerja PR E-Fest,sambung kerja hari Senin nanti. Hajat nak ke library, tp taktau nak buat apa. Balik ke Mahallah, lepak kat CC...hatiku meronta ingin tidur dek kerna penat, tapi ku gagahkan jua ke CC.Jadi dalam keadaan separa sedar aku terhasilkan satu puisi (ntah bole anggap puisi ke?)…

Biar apa orang nak kata
Aku bebas buat apa saja
Jangan ditanya itu dan ini
Yang penting aku tahu
yang mana betul yang mana salah
Aku bosan hidup begini
Asyik tunggu dan lihat
Menunggu bulan jatuh keriba
Laksana pungguk meroyan gila
Itulah kita yang digelar manusia
Lebih tepat rumpun yang
Kononnya bertatasusila penuh beradat bertimpuh bersila
tidak tahu bangun sudah terjatuh
Sudah terhantuk baru terngadah
Menanti tangan menghulur simpati
Oh! sungguh menjemukan
Kalau bisa aku terbang
Usahkan awan akan ku tawan
Usahkan laut aku layari
Bahkan seluruh pelusuk di kutub sana
Akan ku jajah akan ku peluk
Itu kalau aku mampu
itu kalau aku dan kamu sedar
Akan ku corak tangan pemimpin
Akan ku bentuk tangan yang dipimpin
Tapi itu kalau kita semua sedar
Kesudahan alam ini penuh helah petaka
Disulam dengan benang kelenaan
Sungguh…
Payah untuk dimengerti
Apa itu sebenarnya dunia
Realitinya yang penuh tangisan sengsara
Oh! membosankan, meloyakan
Aku sudah bosan!!!
ZZZzzzzz…ZZZ…zzz…ZZZ…

lapar le pulak, perut dah berkeroncong...
salam bertemu lagi,ingin perutku di isi..(destinasi seterusnya: ke kafe)
Wassalam~

Thursday, April 17, 2008

~PerMulaaN SuatU CeriTa~

Assalamualaikum w.b.t.

This is ma 2nd blog actually; I try to build this blog after ma fwen encourage me to enjoy it. I’m not a person who would like to write more or less like an article, but after read ma fwen blog,it is quiet interesting (probably because we can write anything we want especially to reduce stress).

After this Insya Allah you will see ma ‘unknown’ concept of bloggin’ (blog yang tah pape hehe) or you will know the true colors of ma mysterious life.

Before I end up this opening speech, I have Pantun to share:

Penitis kata menatah bicara,
Merangkap ayat menadi taruhan,
Blog Najihah sekadar mengata,
Hanya apa yang terlintas di fikiran.

Bunga dikarang di dalam padang,
Padang permainan permaisuri Jihah,
Saya tidak pandai mengarang,
Mohon ampun barang yang salah
.




http://reaksihelang.blogspot.com