Sunday, June 22, 2008

Keputusan Festival Nasyid

Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dijuarai oleh pasukan dari bahagian Kota Kinabalu, SMA Toh Puan Hajjah Rahmah.

  • Dari segi penyampaian lagu, kumpulan ini mempunyai kelebihan dari segi lirik yang menggunakan pelbagai teknik metafora untuk melambangkan kekuatan isi lagu.

  • Elemen muzik lebih kontemperori membuatkan kami selaku penonton terpesona dengan persembahan mereka walhal pada masa itu, jam sudah menunjukkan waktu untuk makan tengah hari dan mereka merupakan pasukan kedua terakhir dari enam belas wakil bahagian. Aku amat kagum kerna mereka membuat persembahan dengan keyakinan yang tinggi, amat jelas terpancar di wajah setiap ahli kumpulan ini apabila melakukannya dengan bersahaja, senyum, impresi muka yang amat ceria.

  • Dari segi pakaian, warna hijau pucuk pisang menjadi pilihan. Tambahan pula, hiasan pada songkok membuat pasukan ini mempunyai kelebihan daya tarikan penonton terutama hakim. (bijak-bijak =))


Untuk pengetahuan semua, pasukan dari sekolah ini pertama kali memenangi pertandingan nasyid yang selalunya dirangkul oleh sekolah berasrama penuh, SMAKK. Dengan latihan setiap hari, siang malam, pasukan ini akhirnya dapat mewakili Sabah ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan di Terengganu bulan Ogos ini. Mak cik aku, Ustazah Ngaisah merupakan guru pengiring pasukan ini. Setelah mendengar usaha yang dilakukan, tidak hairanlah mereka menang. Ingat tak, nukilan lepas aku ada menceritakan masalah yang berlaku masa pertandingan tentang kerosakan pada PA sistem. Hampir kesemua persembahan terjejas dek kerna masalah ini, tetapi bila pasukan ini membuat persembahan, PA sistem kembali pulih tanpa sebarang cacat cela. Tapi, pasukan seterusnya, sistem kembali tersekat-sekat. Inilah berkat doa dan solat hajat yang dilakukan oleh pasukan yang terdiri dari sembilan orang pelajar lelaki.

"Setiap perbuatan yang dibuat dengan kesungguhan yang tinggi, diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah, Insya Allah dia akan dapat apa yang dihajati."


=>kalau tidak ada halangan mak aku juga akan pergi ke Terengganu menemani makcik aku selaku guru pengiring. Bagai pepatah 'sambil menyelam minum air', aku pun akan pulang ke kampung aku di Felda Jerangau, Terengganu dan juga menonton festival ini (kalau orang tanya dari mana, off course aku kata mengiringi pasukan dari Sabah=) )

Sampai disini sahaja.


Wassalam~

3 comments:

A.S. Kasah said...

Assalamu'alaikum wbt,

Tahniah! Sebuah blog yang amat menarik. Teruskan menulis dengan cara yang professional dan berdasarkan fakta. Terima kasih juga kerana linkkan blog pakcik di dalam blog ini. Terima kasih.

ikhlas dari,
abdul samat bin kasah
subang jaya

rexter_t said...

salam...wah...nice...helwah jiddan...ada simpan pic kumpulan ni ka..??sy nk blh..??

HusnusZon said...

assalamualaikum...nak tanya ckit...ada simpan videonya x?...klu ada mohon share...:-)...syukran..