Monday, September 14, 2009

Beza antara perempuan dan lelaki


kata orang :

"perempuan bertindak mengikut emosi"

"lelaki bertindak mengikut akal"

Adakah ia benar?

Kes 1

Lokasi: Dapur
Watak: antara ayah dan anak (sy sendiri =)

Peristiwa ni berlaku selepas tarawih. Balik dari surau, si anak keluarkan sebotol susu bandung yang beku dari peti ais. Pastu letak atas meja, nak bagi cair + senang nak minum nanti. 10 minit selepas tu, datang si ayah. Ayah amik satu piring letak botol tu sebelah rice cooker nak bagi cepat cair. Piring diletakkan dibawah botol agar air yang terkondensasi tadi tidak melimpah. Walhal, si ayah tidak terniat nak minum pun.

Kes 2

Lokasi: tgh nak parking keta
Watak: skali lagi anak dan ayah (me again =)

Si anak baru balik dari sekolah (amik adik). Sampai rumah tgk paking besar, jadi parking sesuka hati ja coz dah nak waktu berbuka. Si ayah nampak trus tegur "adik, betulkan balik paking tu, nanti senang satu lagi kereta parking". So, si anak keluarkan kereta balik nak betulkan cara yang betul. Ni bukan skali dua, kadang2 si ayah akan amik kunci kereta nak betulkan cara parking, nak elakkan kerja dua kali la katakan..

Kes 3

Lokasi: ni takda lokasi. terbaca kat saifulislam.com
Watak: suami dan isteri

Si isteri dok penyek2 ubat gigi. Si suami pun geram melihat reaksi isteri yang sesuka hati memicit ubat gigi tu. Lalu, si suami mengambil ubat gigi tersebut dan memicit mengikut tertib, dari bawah ke atas. Kemas nak dibandingkan cara isteri.

Kesimpulannya

Amik dari kata2 Imam Ghazali :

“lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi

Memang perempuan ni bertindak mengikut nafsu. waktu membeli, waktu makan, waktu memberi dan menerima, waktu tgh marah dan sewaktu dengannya hehe..

Tapi ingat, emosi itulah pelengkap kehidupan pasangan adam dan hawa di muka bumi ini.

Emosi=untuk membelai, mewujudkan perasaan kasih sayang antara dua insan

Akal=bagi memimpin untuk menunjukkan jalan kepada emosi untuk membuat keputusan secara rasional tidak berdasarkan nafsu semata-mata.

9 Akal untuk memimpin 9 Emosi


Betul tak?

Ada seorang hamba Allah bagi aku peringatan:

Allah menciptakan lelaki dengan akal dan rasional, bukan emosi. Dia menciptakan perempuan dengan emosi, untuk menyayangi. Apabila akal bertemu emosi, di situlah punca segala kejayaan, insya Allah, jalani saja fitrah ketentuan – Nya

Terima kasih wahai "seorang hamba Allah"..

Salam~
Home Sweet Home
12.54 am

Saturday, September 12, 2009

Last raya with my sweet teeth

Okee... Lagi2 pasal gigi.

Sebab apa? Mengapa? Kenapa?

kerna ianya efeksi keadaan diri sekarang ini.

Dr muhd Subra: How's ur teeth?

Me: Ok la. Uncomfortable yes.

Let see...




All items kat atas ada inside my mouth..

Finally, after 8 months waiting for dis moment.

me: "Bila doc nak tarik gigi blakang ni?"

Then he says "dah bole tarik skg ni.

Tapi I nak bagi U raya dulu.

Nanti U xleh makan ape2.."

Aku ingat yg aku rs skg ni dah cukup sakit. Rupanya ada sakit 10000X lagi dari ni. Doc said juz prepare..

Oh Tidak!!!!