Saturday, April 27, 2013

Feedback from Flash mob Anak Muda Sabah


I'm not interested in politic issues. but I do respect and solute to them. Great idea. Never cross in my mind they can do this kind of flashmobbing in KK.

ok. done with my english'ing haha.

Lebih kurang dalan 5.15 pm. Saya ada nampak 2 kali yang pastinya mereka ni mahasiswa. Betulkan kalau silap. Satu berdekatan dengan Harbour City dan satu lagi di traffic light Kepayan. Sempat juga la baca. Cuma tidak hon saja.  Kenapa? Mengapa? Nanti jap nak rangka ayat dulu hehe
 
Pertama, saya bukan pengundi di area KK. yup. Saya mengundi di daerah Sipitang. Dekat sana hanya ada calon SAPP & PKR. Undi berdasarkan calon bukan parti.
 
Kedua, saya sangat menghormati Nik Aziz. Perjuangan beliau istiqomah. Tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang. Cuma alangkah baiknya kalau parti PAS berdiri di atas kaki sendiri. Tidak berada bersama dengan PR. Ini kerana perjuangan DAP dan PKR adalah berbeza. Jelas dan nyata. DAP dengan perjuangan mereka mengenai tuntutan nak mereka. PKR nak semua hak di bagi sama rata dll. Saya tidak nampak 'intersection' atau kata sepakat yang boleh di buat. Saya khuatiri jika PR menang, apa akan jadi dengan 'persepakatan' mereka. Jika PAS itu bersendirian, saya rasa lagi ramai akan vote tanpa ragu-ragu.
 
Ketiga, saya bekerja dalam dunia kewangan. Persekitaran saya dikelilingi dengan pelbagai latar belakang agama, kaum dan fahaman. Saya dengar kehendak mereka. Apa yang mereka mahukan. Adakalanya tidak setuju dengan keinginan yg mereka mahukan. Tapi itu pandangan mereka. DO RESPECT THEM. Konklusinya, saya sebagai melayu sendiri takut jika hak di bagi sama rata apa akan jadi dengan bumiputra yang lain. Orang kata jangan manjakan sangat, betul itu tidak salah. Cuma ada perasaan takut. Jika percubaan itu akhirnya menjadi satu perubahan drastik dan Malaysia menjadi seperti Indonesia. Cth sekarang pembelian tanah di sabah, ada di 'reserve' kan untuk bumiputra. Seorang kenalan berasal dari Singapore, menetap di sabah kecewa kerana tidak dapat membeli tanah tersebut disebabkan isu reserve lot walhal beliau telah pun mempunyai tanah dan rumah. Jadi jika semua hak dibagi sama rata, saya takut orang luar mengambil peluang ini dan akhirnya apa jadi dengan bumiputra?duduk menyewa sepanjang hidup. Entah lah. Banyak perasaan takut menyelubungi diri.
 
Keempat, jika PR menang saya rasa ambil setahun untuk penstrukturan kerajaan baru. Setahun untuk mencapai kata sepakat kerana haluan 3 parti ini berbeza. dan seterusnya penggubalan semula ekonomi malaysia. Yang pastinya banyak projek akan terbengkalai. Program dimansuhkan. Tentunya kejatuhan mata wang Malaysia terjadi. etc.
 
Bukan semua ahli politik tu x baik, saya percaya masih ada yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Bukan semua ahli politik tu makan rasuah. Bukan semua ahli politik itu hipokrit. Contohnya polan si polan menunjuk gambar A solat, dan gambar B yang sosial. Tapi mereka tidak tunjuk B juga solat. Itu kita tidak tahu. Jangan terlalu percaya 100%. Jangan terlalu taksub extreme dengan politik sehingga ada perbalahan antara kita saudara sesama islam. Kita tidak tahu orang yang kita hina itulah yang akan tolong kita suatu hari nanti. Don't be too typical kind of person. Hanya Allah ja tahu perjuangan mereka.
 
Tapi kan kerajaan sekarang pun kita patut bersyukur. Banyak program yang dijalankan sehingga orang2 pondok ngaji pun di beri perhatian. Tapi asyik di keluar benda2 tidak baik. Bak kentut sikit orang dah bau. Mereka pun manusia. Tegurlah secara berhemah. Kutuklah jika benda itu terjadi di depan mata. Jangan melalui org tgh. Kan fitnah kalau cerita itu tidak benar. 
 
Ini hanya pendapat saya.
 
As a conclusion or should I say I hope, anak pemuda PAS ni semua mengundi di KK ye. ok bai ;)
 
UNDI ADALAH RAHSIA
 
 
(^^)