Friday, June 6, 2008

BosAn....


Aku bosan sangat ari ni, kelas memang takde..tapi asyik sibuk dengan kerja PR E-Fest,sambung kerja hari Senin nanti. Hajat nak ke library, tp taktau nak buat apa. Balik ke Mahallah, lepak kat CC...hatiku meronta ingin tidur dek kerna penat, tapi ku gagahkan jua ke CC.Jadi dalam keadaan separa sedar aku terhasilkan satu puisi (ntah bole anggap puisi ke?)…

Biar apa orang nak kata
Aku bebas buat apa saja
Jangan ditanya itu dan ini
Yang penting aku tahu
yang mana betul yang mana salah
Aku bosan hidup begini
Asyik tunggu dan lihat
Menunggu bulan jatuh keriba
Laksana pungguk meroyan gila
Itulah kita yang digelar manusia
Lebih tepat rumpun yang
Kononnya bertatasusila penuh beradat bertimpuh bersila
tidak tahu bangun sudah terjatuh
Sudah terhantuk baru terngadah
Menanti tangan menghulur simpati
Oh! sungguh menjemukan
Kalau bisa aku terbang
Usahkan awan akan ku tawan
Usahkan laut aku layari
Bahkan seluruh pelusuk di kutub sana
Akan ku jajah akan ku peluk
Itu kalau aku mampu
itu kalau aku dan kamu sedar
Akan ku corak tangan pemimpin
Akan ku bentuk tangan yang dipimpin
Tapi itu kalau kita semua sedar
Kesudahan alam ini penuh helah petaka
Disulam dengan benang kelenaan
Sungguh…
Payah untuk dimengerti
Apa itu sebenarnya dunia
Realitinya yang penuh tangisan sengsara
Oh! membosankan, meloyakan
Aku sudah bosan!!!
ZZZzzzzz…ZZZ…zzz…ZZZ…

lapar le pulak, perut dah berkeroncong...
salam bertemu lagi,ingin perutku di isi..(destinasi seterusnya: ke kafe)
Wassalam~

3 comments:

Samsuddin said...

Nice try,4 bintang..But apa mksd "Tidak tahu bangun sudah terjatuh"??bkn sepatutnya mcm ni ka "Tidak tahu bangun sesudah terjatuh"??

JiHaH said...

maksud "Tidak tahu bangun sudah terjatuh" : manusia yang mengaku kalah sebelum berusaha untuk mencapai impian. Amat berbeza pandangan dari sudut kata "Tidak tahu bangun sesudah terjatuh" : maksudnya selepas mengalami sebarang kesulitan, tidak mahu berusaha untuk memperbaiki kelemahan demi mengenggam kembali kegemilangan yang pernah dialami.

NFPA said...

verry poetic:p