Thursday, January 21, 2010

SRC Election 09/10

21/01/2010 Election Day for all IIUM students to choose their fav candidates.

Kalau nak dibandingkan dengan election yang dulu, kali ni semua calon baik2 n dedikasi. Bukan nak kata calon yang dulu x baik, cuma ada segelintir calon yang di letak oleh A******* tidak layak untuk bergelar pemimpin. Aku di sini berdiri bukan pada mana2 parti kerna faktor utama yang perlu di lihat pada seorang pemimpin adalah sikap dan watak. Bagaimana calon itu membawa wataknya sebagai seorang pelajar. Adakan dia mampu untuk memimpin? bagaimana keadaan pelajarannya? Adakah dia mampu untuk menjadi seorang dai'? bagaimana hubungan dia dengan lecturer atau pihak atasan? (dalam konteks seorang pelajar universiti)

Ini semua memainkan peranan yang penting untuk memilih pemimpin.
Jom layan flyers candidates for KENMS (Kuliyyah Economics and Management Science)


Hafizul Ariri Rusmani

Aziz

Syazwan


Azharul

Karimah
Satu2nya puteri yang bertanding.

Kalau di perhatikan semua. Aku hanya kenal 4 candidates di atas. Cuma Hafizul Ariri kurang menyerlah kalau nak dibandingkan yang lain. HA juga tidak turun padang untuk memperkenalkan diri (stakat ni aku hanya dapat lihat muka HA kat flyers, face to face x penah).

Part ni paling best. Adengan sesi 'kutuk mengutuk' mesti ada. Tapi selama aku di IIUM, gambar kat bawah ni paling jijik aku penah tengok. Bukan nak kata apa, kalau lihat ni pun kita dah tahu kenapa IIUM lebih gemar memilih parti Pro-M





Ni Karimah kawan aku. Satu batch. Yang aku suka pasal karimah, aktif2 dia pun, dia still bole manage her time. Buat asgnment pun bagus. Seorang yang sangat tegas dan serius. Tapi dia baik~ Lagi2 terharu masa time kami wat bbq, walaupun busy, dia still bole luangkan masa bersama kawan2 yang lain.

Azharul aku dah tau cara dia bekerja. Memang bagus. Pandai pulak tu, tutor subjek akaun tu. Bukan senang nak dipanggil oleh lecturer tuk jadi tutor akaun. Nama dia jadi sebutan masa hari election coz ada orang sebarkan fitnah Azharul-Aspirasi-BN. Walhal dia bergerak bawah PKPIM. Memang la jahat kerja siapa tu. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya tuk tidak menyebarkan fitnah lepas ni. AMin~

Syazwan dan aziz, aku kenal masa time jadi komiti tuk Economic Fiesta. Dua2 ni boleh keja dengan baik gak. CGPA mereka semua MANTOP!

NAk undi siapa eh?
UNDI ADALAH RAHSIA~
hehe

Overall, TAHNIAH kpd:
  • Syazwan
  • Karimah
kerana memenangi kerusi KENMS tuk SRC 09/10.

Sebagai konklusinya, semua kandidat diatas mempunyai daya kepimpinan yang baik. Dari segi pelajaran pun, boleh tahan hebatnya. Cuma rezeki bukan di tempat mereka. Nasib lebih menyebelahi Syazwan dan Karimah. So, Syawan dan KArimah, majoriti warga KENMS dah memilih ada sebagai wakil KENMS.

ANDA MAMPU MNGUBAHNYA~

sekian.

salam
1.04 pm
M.Ami.


No comments: