Friday, June 27, 2008

Buat Diri Yang~

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah iniDipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nuraniBidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna...
Menjemput Bidadari - Epicentrum
Didedikasikan khas:

Buat diri-diri yang masih sendiri, bersabarlah anda. Yakinlah di sebalik keseorangan itu punya hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya. Meski waktu terus berlalu, namun tak bermakna yang penantian itu adalah sia-sia. Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Bersabar dan berdoalah moga diperteguhkan iman sehingga saat itu tiba. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita.
Buat diri-diri yang telah berpunya dalam erti kata yang sebenar, telah menemui teman seperjalanan dan buat bakal-bakal pasangan yang akan mendirikan 'masjid', tahniah diucapkan. Moga bahgia hingga ke akhirnya. Bersyukurlah kiranya anda dipertemukan dengan sang pendamping untuk saling melengkapi diatas redhoNya. Syabas juga diucapkan kiranya hubungan yang halal itu telah menjadi benteng hawa nafsu, bakal melahirkan mujahid mujahidah sejati, meramaikan umat Muhammad penerus generasi rabbani, yang berpaksikan samara (sakinah, mawaddah wa rahmah). Biarkan syaitan-syaitan itu menangis di atas terbinanya sebuah hubungan cinta nan suci dalam rahmat Ilahi.
Buat diri-diri yang masih berstatus kabur (in relationship/ its complicated?), muhasabah kembali diri anda, adakah anda benar-benar telah yakin untuk meneruskan perhubungan itu? Adakah anda mampu untuk menunggu hingga tiba saatnya perhubungan itu diiktiraf halal dengan lafaz ijab dan kabul tanpa melanggar syariatNya? Ermm, fikir-fikirkan. Bagaimana untuk membina sebuah rumah yang teguh andai tapaknya saja sudah tidak kukuh? Wahai diri-diri, jangan dikau terpedaya dengan cinta palsu yang menipu itu. Cinta yang hanya membuatkan syaitan tertawa suka, kerana telah berjaya menyesatkan anak adam. Hingga terkabur mata, dinampakkan yang haram itu halal dan indah belaka . Justeru, sedarlah wahai diri-diri, kembalilah kepada pencarian hakikat diri, moga di situ kan kau ketemui cinta hakiki miliknya Al-Khaliq, kerana itulah sebenar-benar CINTA.
"If you want to build a faithful family,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. In every family that stands until their dying day,they have Allah on their side!"

~Menunggu untuk dijemput. Walau ku bukan bidadari~
Wassalam~

Wednesday, June 25, 2008

Andai Terlajak Laku

Sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas daripada kesilapan terutama dengan orang sekeliling. Kadangkala tanpa sedar, kita telah melukakan hati ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan sahabat.


Adakalanya sahabat kita telah melakukan kesilapan yang melanggari garis panduan yang diberikan oleh Allah. Sebagai seorang Muslim, kita harus mengamalkan konsep Amal Ma'ruf Nahi Munkar untuk menyedarkan sahabat tersebut. Kalau teguran hanya disimpan dalam hati, tidak di keluarkan melalui kata-kata atau teguran, itu menunjukkan selemah-lemah iman. Mungkin, dia akan sedikit terkilan, tetapi bagi aku tidak mengapa kerana "biar hilang kawan, demi menegakkan kebenaran". (berpandukan pengalaman HELANG)


"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)


Namun jika terlajak laku, segeralah kembali ke pangkal jalan. Maka sebab itu amat penting bagi kita bermuhasabah atau menilai diri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Itulah juga kerap disarankan al-Quran, antaranya seperti firman Allah dalam surah al-Hasyr:18 yang bermaksud:


"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan setiap diri melihat dan memerhatikan (muhasabah) terhadap apa yang telah dia sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (akhirat). Dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala apa yang dilakukan"


Tidak dinafikan, setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan, Namun selaku orang Islam yang insaf, kita harus bertaubat dah mengubah diri. Itu proses pembelajaran yang terbaik.
Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Tarmizi, al-Darimi dan Ibnu Majah yang bermaksud, "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang sentiasa bertaubat."


Pintu untuk berbuat kebaikan sentiasa terbuka. Jadi mengapa mesti bertangguh?




-Rujukan ayat dan hadis dari Buku Himpunan Hadis dan Falsafah.


Wassalam~

Sunday, June 22, 2008

Keputusan Festival Nasyid

Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dijuarai oleh pasukan dari bahagian Kota Kinabalu, SMA Toh Puan Hajjah Rahmah.

  • Dari segi penyampaian lagu, kumpulan ini mempunyai kelebihan dari segi lirik yang menggunakan pelbagai teknik metafora untuk melambangkan kekuatan isi lagu.

  • Elemen muzik lebih kontemperori membuatkan kami selaku penonton terpesona dengan persembahan mereka walhal pada masa itu, jam sudah menunjukkan waktu untuk makan tengah hari dan mereka merupakan pasukan kedua terakhir dari enam belas wakil bahagian. Aku amat kagum kerna mereka membuat persembahan dengan keyakinan yang tinggi, amat jelas terpancar di wajah setiap ahli kumpulan ini apabila melakukannya dengan bersahaja, senyum, impresi muka yang amat ceria.

  • Dari segi pakaian, warna hijau pucuk pisang menjadi pilihan. Tambahan pula, hiasan pada songkok membuat pasukan ini mempunyai kelebihan daya tarikan penonton terutama hakim. (bijak-bijak =))


Untuk pengetahuan semua, pasukan dari sekolah ini pertama kali memenangi pertandingan nasyid yang selalunya dirangkul oleh sekolah berasrama penuh, SMAKK. Dengan latihan setiap hari, siang malam, pasukan ini akhirnya dapat mewakili Sabah ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan di Terengganu bulan Ogos ini. Mak cik aku, Ustazah Ngaisah merupakan guru pengiring pasukan ini. Setelah mendengar usaha yang dilakukan, tidak hairanlah mereka menang. Ingat tak, nukilan lepas aku ada menceritakan masalah yang berlaku masa pertandingan tentang kerosakan pada PA sistem. Hampir kesemua persembahan terjejas dek kerna masalah ini, tetapi bila pasukan ini membuat persembahan, PA sistem kembali pulih tanpa sebarang cacat cela. Tapi, pasukan seterusnya, sistem kembali tersekat-sekat. Inilah berkat doa dan solat hajat yang dilakukan oleh pasukan yang terdiri dari sembilan orang pelajar lelaki.

"Setiap perbuatan yang dibuat dengan kesungguhan yang tinggi, diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah, Insya Allah dia akan dapat apa yang dihajati."


=>kalau tidak ada halangan mak aku juga akan pergi ke Terengganu menemani makcik aku selaku guru pengiring. Bagai pepatah 'sambil menyelam minum air', aku pun akan pulang ke kampung aku di Felda Jerangau, Terengganu dan juga menonton festival ini (kalau orang tanya dari mana, off course aku kata mengiringi pasukan dari Sabah=) )

Sampai disini sahaja.


Wassalam~

Saturday, June 21, 2008

Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah



21/06/2008 : Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah bagi sekolah-sekolah bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Inanam, Kota Kinabalu, Sabah(SEMAI). Mak aku dijemput hadir mewakili SMK Tansau. Sudah menjadi rutin setiap kali aku balik ke Sabah, mak aku akan membawa diri ini ke program-program sekolah. Jadi ape lagi, aku pun jenis suka pergi bersosial dengan orang yang lebih tua dari aku (hehe kawan-kawan mak aku la dikalangan cikgu2)..


Tema Festival kali ini "Minda Hadhari, Insan Bestari". Satu aku suka pergi ke festival nasyid ni, lirik lagu yang betul-betul mantap. Dari segi pengubahsuian lagu, amat kena dengan judul lagu yang disampaikan. Contohnya macam:

Minda Hadhari,
Insan Bestari,
Menjana hidup berkualiti,
Bulatkan perpaduan
Berasaskan Keimanan..
Hidup mestilah,
Berpandukan kitab Al-Quran
pegangan zaman-berzaman
~


Lebih kurang macam tu lah. Ada lirik yang lagi menarik, tapi dah lupa. InsyaAllah kalau dikembalikan ingatan lirik tersebut, aku akan re-edit post ini. Rentak melodi disusuli dengan alat-alat instumental seperti bonggo, marwa, tamborin,kerincing dan banyak lagi yang aku sendiri tidak mengetahui nama alat tersebut, melahirkan elemen muzik yang cantik dan harmoni.

Tetapi amat mendukacitakan, apabila ketiadaan elektrik berlaku dan masalah PA sistem. Bagi sekolah rendah, mereka amat bernasib baik kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Tepat pada jam 11.15, wakil-wakil bahagian sekolah menengah bersiap sedia untuk mempersembahkan nasyid mereka. Kumpulan dua yang mewakili Sandakan, yang merupakan pemenang bagi kategori ini bagi tahun 2007, mengalami masalah gangguan elektrik. Dimana mereka hanya sempat memperdengarkan lagu yang pertama, lagu kedua tidak jelas lirik lagu dek kerana sistem suara tidak berfungsi. Selesai membuat persembahan, elektrik kembali pulih. Sepatutnya Ketua Hakim mengulangi lagi tersebut untuk menunjukkan keadilan dan pada masa yang sama, wakil dari Sandakan turut berpuas hati kerana telah mempamerkan hasil nukilan mereka. Ini tidak, Ketua Hakim menyuruh kumpulan seterusnya naik ke atas pentas. Mana Keadilan yang PATUT di tonjolkan oleh pemangkin Islam Hadhari ini (ketua hakim dan hakim-hakim yang lain )...


Keputusan tak tahu lagi. Esok baru di umumkan siapa yang menang..
Sampai di sini saja.

Wassalam~





Sunday, June 8, 2008

Terima Kasih Teman...

Semalam seorang sahabat telah menge-mailkan satu artikel yang amat menarik. Aku pernah memberitahunya mengenai satu perkara yang belum ‘pasti’ merujuk perihal peribadi. Isu mengenai ‘jodoh’ =). Jadi dia memberi keyakinan padaku untuk melakukan sesuatu yang aku sendiri “tak tahu” (masih belum bersedia)…

Beberapa tip untuk menawan hati lelaki. Fahami psikologi mereka senanglah hidup anda. Ramai perempuan mengadu susah jodoh, sebenarnya mereka gagal menampilkan sifat yang betul untuk didekati. Ingat, kita berkahwin untuk mencari redha Allah sebab sehebat mana pun ibadah yang anda lakukan, tanpa berkahwin anda tidak akan mendapat kelebihan mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan Allah bergantung kepada redha suami.
  • Secara jujur kecantikan bukanlah syarat bagi lelaki untuk jatuh hati pada seseorang wanita. Buktinya banyak pasangan yang tidak ‘match’ boleh kita lihat di mana-mana. Yang penting adalah sifat kewanitaan sejati yang anda miliki. Lelaki yang terlalu mementingkan rupa sebenarnya tidak jujur.
    “sebuah kereta kalau boleh bergerak lancar tanpa sebarang masalah sama nilainya dengan senuah kereta mewah. Yang paling penting enjinnya.” Manusia juga begitu bukan?
  • Memang lelaki sukakan wanita. Jadi, jangan cepat marah apabila dipandang, ditegur, diusik mahupun dipikat lelaki. Relaks sahaja. Usah tunjukkan anda terlalu benci dan terlalu suka. Kontrol sedikit. Lelaki yang terasa hina boleh bertindak luar batasan. Kalau tidak suka diam sahaja. Usah keluarkan kata-kata kesat kerana itu akan mencabar ego lelaki.
  • Jika ada rasa tertarik pada seseorang lelaki, perlulah berikan ‘hint’ kepadanya. Jangan berlagak langsung tak ada apa-apa. Lelaki juga penuh dengan sifat malu dan kurang yakin. Bukan semua lelaki berani untuk pertama kali bercakap dengan wanita. Kebanyakkan lelaki gabra apabila dia berhadapan dengan wanita yang diminatinya. Oleh itu, berilah apa-apa syarat atau laluan yang dia boleh melahirkan perasaannya itu.Ramai wanita kurang menampakkan minat untuk didekati tetapi kecewa apabila melihat lelaki berkenaan telah menjalin hubungan dengan perempuan lain.


Terima kasih ‘R’ kerana memberi tiga panduan ini untuk mencari, seterusnya membina hubungan yang berkekalan. Dia nasihatkan aku “usah terlalu mudah didampingi, dan usah pula terlalu susah didekati”. Aku memahami ayat ini kerna aku mengaku yang diri ini amat susah untuk bergaul ‘mesra’ dengan kaum adam. Mungkin aku terlalu banyak *pantang larang* ketika berkomunikasi dengan mereka. Sebagai solusinya, aku akan cuba memperbaiki diri, kerana aku percaya “kecemerlangan hidup insani banyak bergantung pada pasangan yang betul”.


Sebagai ingatan buatku
Aku ada terbaca di majalah mengenai seorang wanita solehah pernah menulis begini, “Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan takwa kepada Allah, hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.”.
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang wanita telah melakukan solat 5 waktu dengan sempurna, berpuasa di bulan Ramadhan cukup syaratnya, menjaga maruah dirinya, serta mentaati suaminya, maka di akhirat akan diseru untuk masuk ke dalam syurga dari pintu arah mana yang dia suka”. (Riwayat Al-Bazzar)


Nasihatku pada semua sahabat, binalah hubungan untuk matlamat yang amat jelas iaitu perkahwinan, bukan berdasarkan nafsu sahaja. Perbaikilah diri, hiasilah peribadi untuk mendapat keberkatanNya. Jadikanlah perkahwinan jambatan menuju ke redha Allah.
Selamat Beramal…

Wassalam~

Saturday, June 7, 2008

Filem “Ayat-Ayat Cinta” tak seindah penceritaan novelis Habiburrahman El-Shirazy



Aku percaya ramai yang telah menonton filem ‘Ayat-Ayat Cinta’. Kata sahabat aku (indonesian), filem ini mendapat sambutan hebat di Indonesia. Filem ini berkisar tentang Islam tapi tidak dikelaskan sebagai ‘filem dakwah’ oleh pengarah atau produsernya, mungkin tidak mahu tontonan filem ini tersekat kepada satu golongan sahaja. Bagi sesetengah orang yang sudah menonton filem ini, mengatakan ia adalah sebuah filem yang mengharukan dan menginsafkan kerana menceritakan contoh terbaik cara percintaan berlandaskan Islam. Tetapi bagi yang sudah membaca buku ‘Ayat-Ayat Cinta’, filemnya tidak seindah jalan cerita sebenar yang ingin ditonjolkan oleh pengarangnya, Habiburrahman El-Shirazy.
Terdapat beberapa aspek yang tidak di masukkan dalam filem ini.


Pertama : Ketika Fahri berada di penjara. Dalam filem, hanya terdapat seorang banduan yang mana keadaannya sangat !naïf!, berbeda didalam novel, terdapat 3 orang ahli banduan dimana banduan-banduan ini adalah ahli-ahli agama yang hebat.


Kedua: Situasi di mana Fahri di penjarakan berlaku di bulan Ramadhan kerana Hibaburrahman mengolah keadaan Fahri menjalankan ibadat tarawih bersama 3 orang ahli-ahli agama (banduan) dan ketekunan Fahri melakukan Qiamulail setiap malam untuk mencapai hajatnya terlepas dari tuduhan fitnah, Noura. Dalam filem hanya menjelaskan seorang banduan itu (tidak ketahui asal usulnya) memberi semangat kepada Fahri, dengan menceritakan kisah Nabi Yussuf yang juga terkena tuduhan fitnah kerana ketampanannya, supaya Fahri bersabar dalam mengharungi dunia durjana ini.


Ketiga: Pada mulanya, Fahri tidak begitu senang kerana semua perbelanjaan di tanggung menggunakan kekayaan Aisya (ego seorang lelaki). Tetapi dalam novel ini, ada dijelaskan mengapa Aisya berbuat demikian. Aisya ingin mengikuti langkah Khadijah yang sanggup mengorbankan harta kekayaan untuk suaminya, Nabi Muhammad S.A.W yang tidak mempunyai apa-apa. Berlainan dalam filem, ada adengan dimana Fahri marah kepada Aisya ketika membeli komputer riba kepadanya, tetapi hanya setakat itu seolah-olah babak tersebut dipotong.


Jadi sebagai konklusinya, filem ini harus diperhalusi jalan pengolahannya agar percintaan berlandaskan Islam, Fahri-Aisya menjadi lebih rasional dan pengarah sepatutnya menjelaskan lebih lanjut setiap rentak babak agar tidak mengelirukan penonton.


p/s: dimanakah jejaka beperwatakan seperti Fahri, kalaulah ada, akan ku mula langkah dahulu…hehe


Disana pungguk menanti,
Mengharapkan bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri,
Menunggu penuh dengan kesabaran. =)


Itu sahaja untuk kali ini.
Wassalam~

Friday, June 6, 2008

BosAn....


Aku bosan sangat ari ni, kelas memang takde..tapi asyik sibuk dengan kerja PR E-Fest,sambung kerja hari Senin nanti. Hajat nak ke library, tp taktau nak buat apa. Balik ke Mahallah, lepak kat CC...hatiku meronta ingin tidur dek kerna penat, tapi ku gagahkan jua ke CC.Jadi dalam keadaan separa sedar aku terhasilkan satu puisi (ntah bole anggap puisi ke?)…

Biar apa orang nak kata
Aku bebas buat apa saja
Jangan ditanya itu dan ini
Yang penting aku tahu
yang mana betul yang mana salah
Aku bosan hidup begini
Asyik tunggu dan lihat
Menunggu bulan jatuh keriba
Laksana pungguk meroyan gila
Itulah kita yang digelar manusia
Lebih tepat rumpun yang
Kononnya bertatasusila penuh beradat bertimpuh bersila
tidak tahu bangun sudah terjatuh
Sudah terhantuk baru terngadah
Menanti tangan menghulur simpati
Oh! sungguh menjemukan
Kalau bisa aku terbang
Usahkan awan akan ku tawan
Usahkan laut aku layari
Bahkan seluruh pelusuk di kutub sana
Akan ku jajah akan ku peluk
Itu kalau aku mampu
itu kalau aku dan kamu sedar
Akan ku corak tangan pemimpin
Akan ku bentuk tangan yang dipimpin
Tapi itu kalau kita semua sedar
Kesudahan alam ini penuh helah petaka
Disulam dengan benang kelenaan
Sungguh…
Payah untuk dimengerti
Apa itu sebenarnya dunia
Realitinya yang penuh tangisan sengsara
Oh! membosankan, meloyakan
Aku sudah bosan!!!
ZZZzzzzz…ZZZ…zzz…ZZZ…

lapar le pulak, perut dah berkeroncong...
salam bertemu lagi,ingin perutku di isi..(destinasi seterusnya: ke kafe)
Wassalam~