Sunday, August 9, 2009

Perempuan Berkalung Sorban



Seperti yang dijanjikan, saya akan mengolah tentang cerita Perempuan BerKalung Sorban. Akan tetapi, saya tidak dapat beri 100 % komentar kerna belum lagi membaca novel ini karya
Abidah Al-Khalieqy.

Filem ini mengisahkan perjuangan seorang wanita tentang erti kebebasan. Kita dapat lihat Anisa (Revalina S Temat-pelakon bawang putih bawang merah), berusaha untuk mengubah kefahaman pasentren/pondok yang mengatakan ajaran Islam mengharamkan perempuan keluar dari rumah tanpa muhrim, walaupun untuk belajar.

Kalau kita dapat lihat, dalam filem ini. Sesiapa yang belajar di pasentren hidup dipenjara. Hidup dikelilingi pagar besar. tidak ubah seperti penjara. Para pelajar tidak dibenarkan membaca buku lain selain kitab yang disediakan. Oleh yang demikian, pemikiran mereka terhad dan sempit kerna hanya berpandukan buku tentang ilmu agama. Walhal ilmu dunia itu sangat luas.
Idealistik dan kefahaman orang berlainan.

Walaupun isu yang sama, pandangan orang itu berbeza.
Di situ pentingnya pendedahan tetang perihal duniawi.

Paling sedih, semasa ayah Anisa berkeputusan untuk mengahwinkan Anisa dengan lelaki pilihan keluarga. (Sila nonton sendiri kerna ceritanya sangat panjang untuk diceritakan =). Ayah Anisa dan abang sulungnya (tak tahu nama hehe) masih mempertahankan kefahaman tersebut sampai Anisa keluar dari pasentren meneruskan impiannya untuk menjadi seorang pelajar. Di situ, kita dapat lihat kepayahan hidup anisa bermula. Dia berjumpa dengan bekas pelajar pasentren yang menjadi GRO. Tetapi itu tidak mematahkan semangat Anisa. Di kolej, dia tidak mempunyai wang untuk makan dan hanya bergantung pada hasil wang dari artikel yang dihantar kepada akhbar. Anisa amat beruntung mempunyai seorang kawan (sekali lg lupa nama) yang selalu menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

Anisa bertemu dengan cinta lama, Khudori. Untuk mengelakkan fitnah dan kewangan, mereka bernikah. Dipendekkan cerita, Anisa menjadi seorang peguam Shariah. Suaminya meninggal dunia akibat dari kemalangan. Akhirnya Anisa mempunyai kekuatan untuk bersuara mengenai erti kebebasan setelah ramai pelajar yang ingin mengikuti jejak langkahnya. Lalu, mini perpustakaan dibina untuk menempatkan buku-buku untuk pelajar agar mereka dapat didedahkan dengan ilmu-ilmu duniawi dan juga ukhrawi.

Apa yang menyebabkan Filem ini kontroversi:

  • Ramai ahli-ahli agama yang menentang filem ini kerana bertentangan dengan ajaran Islam "Jelas dalam Quran dan Hadith mengharamkan kaum wanita untuk keluar tanpa muhrimnya, meskipun untuk belajar". Dalam Islam, tidak ada satu pun ayat pun dalam Quran dan hadith yang melarang perempuan untuk keluar dari rumah. Bahkan dalam Islam ada mengatakan "janganlah kamu melarang perempuan-perempuanmu untuk ke masjid (menimba ilmu)" . Di petik dari satu hadith- Imam Besar Masjid Istiqal, Indonesia.
  • Perbandingan antara Quran dan Hadith dengan buku-buku komunis (buku luar dari bidang agama). Banyak kritikan dari para penonton yang mengetahui budaya hidup pasentren. "Filem ini sangat bodoh". "Filem ini sangat sesat lagi menyesatkan".
  • Lagi satu apabila ibu Anisa melarang Anisa untuk menunggang kuda. Padahal pada zaman Nabi, ramai kaum Hawa yang menunggang kuda.

Pendapat Helang:

Filem ini memang menjanjikan kontroversi bagi pihak-pihak yang memahami dan mengetahui budaya Pasentren itu sendiri. Untuk penonton yang tidak ada pengetahuan budaya tersebut, mungkin pendapat mereka belainan. Saya pasti ada yang di luar sana tidak mengambil kisah tentang apa yang diutarakan oleh para pelakon dalam filem ini. Ini kerana bagi mereka isu yang di naikkan adalah mengenai seorang wanita yang berusaha untuk keluar dari kepompong hidup pasentren dan mengubahnya kepada kefahaman Islam yang sebenar. Ini adalah baik kerna ia menjelaskan kehidupan sebenar Muslim merujuk kepada apa yang disyariatkan oleh Quran dan Hadith. Oleh itu, pengarah menaikkan ayat 'jelas melarang wanita untuk keluar tanpa muhrimnya' untuk diperbetulkan semula kefahaman tersebut melalui perjuangan Anisa.

Pengarah filem ini sepatutnya menghalusi budaya pendidikan di dalam pasentren itu sendiri sebelum membuat keputusan untuk memilemkan novel ini. Mungkin apa yang dikaitkan oleh novelis Abidah adalah berbeza. (tidak akan mengolah lanjut kerana belum membaca novel ini). Sepatutnya, setiap dialog yang diutarakan harus diperhalusi dan didalami sebelum diutarakan untuk mengelakkan bidasan para ahli agama kerana mereka lebih mengetahui.


Tangis Perempuan Itu

Ketika perempuan itu menangis
Dan tak ingin mengusap basahnya dengan kain..
Ia tetap getir mendekap erat Kitab itu..
Walau dengan itu orang lain ingin melukainya..
.
Dan aku berdiri gemetar saja..
Ketika perempuan itu menangis..
Mendengar riuh tertahan isaknya…
yang mendentumkan tiap air mata yang meretas lantai..
Bahwa tidak mungkin risalah ini menyakitinya…
.
Ketika perempuan itu menangis…
Jariku tertatih laju ingin mengusapnya..
Memeluknya..Melindunginya
Menghangatkannya dari laguan dingin itu…
Tapi jeliku tiada pernah berkenan…
.
Karena hatiku tahu…
Ketika perempuan itu menangis..
Dia menangis karena yakin masih mampu bertahan…


-Diambil dari beberapa rujukan termasuk pengolahan pendapat dari para blogger-
p/s: minta maaf jika ejaan perkataan salah. (n_n)

Salam~
M.Ami.
11.00 am

2 comments:

neesa_jun said...

film controversy?..why is that so??...tell me..tell me...

neesa_jun said...

ohya...pasal ketidakadilan wanita rupanya...erm..tak sudah2 benda ni dijadikan isu..semoga dari isu ini dapat membuka mata org2 yg rasa wanita Islam ditindas haknya...erm...i dont think so....