Sebagai seorang manusia, kita tidak terlepas daripada kesilapan terutama dengan orang sekeliling. Kadangkala tanpa sedar, kita telah melukakan hati ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan sahabat.
Adakalanya sahabat kita telah melakukan kesilapan yang melanggari garis panduan yang diberikan oleh Allah. Sebagai seorang Muslim, kita harus mengamalkan konsep Amal Ma'ruf Nahi Munkar untuk menyedarkan sahabat tersebut. Kalau teguran hanya disimpan dalam hati, tidak di keluarkan melalui kata-kata atau teguran, itu menunjukkan selemah-lemah iman. Mungkin, dia akan sedikit terkilan, tetapi bagi aku tidak mengapa kerana "biar hilang kawan, demi menegakkan kebenaran". (berpandukan pengalaman HELANG)
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)
Namun jika terlajak laku, segeralah kembali ke pangkal jalan. Maka sebab itu amat penting bagi kita bermuhasabah atau menilai diri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Itulah juga kerap disarankan al-Quran, antaranya seperti firman Allah dalam surah al-Hasyr:18 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan setiap diri melihat dan memerhatikan (muhasabah) terhadap apa yang telah dia sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (akhirat). Dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala apa yang dilakukan"
Tidak dinafikan, setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan, Namun selaku orang Islam yang insaf, kita harus bertaubat dah mengubah diri. Itu proses pembelajaran yang terbaik.
Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Tarmizi, al-Darimi dan Ibnu Majah yang bermaksud, "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang sentiasa bertaubat."
Pintu untuk berbuat kebaikan sentiasa terbuka. Jadi mengapa mesti bertangguh?
-Rujukan ayat dan hadis dari Buku Himpunan Hadis dan Falsafah.
Wassalam~
2 comments:
weh..xley bla pic ngn cit2 haha...zaman mude2 dulu eh???ngah3x
yupz...zaman kat matric.cik teha bagi...nice pic kan?hehe
Post a Comment