Sunday, June 8, 2008

Terima Kasih Teman...

Semalam seorang sahabat telah menge-mailkan satu artikel yang amat menarik. Aku pernah memberitahunya mengenai satu perkara yang belum ‘pasti’ merujuk perihal peribadi. Isu mengenai ‘jodoh’ =). Jadi dia memberi keyakinan padaku untuk melakukan sesuatu yang aku sendiri “tak tahu” (masih belum bersedia)…

Beberapa tip untuk menawan hati lelaki. Fahami psikologi mereka senanglah hidup anda. Ramai perempuan mengadu susah jodoh, sebenarnya mereka gagal menampilkan sifat yang betul untuk didekati. Ingat, kita berkahwin untuk mencari redha Allah sebab sehebat mana pun ibadah yang anda lakukan, tanpa berkahwin anda tidak akan mendapat kelebihan mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan Allah bergantung kepada redha suami.
  • Secara jujur kecantikan bukanlah syarat bagi lelaki untuk jatuh hati pada seseorang wanita. Buktinya banyak pasangan yang tidak ‘match’ boleh kita lihat di mana-mana. Yang penting adalah sifat kewanitaan sejati yang anda miliki. Lelaki yang terlalu mementingkan rupa sebenarnya tidak jujur.
    “sebuah kereta kalau boleh bergerak lancar tanpa sebarang masalah sama nilainya dengan senuah kereta mewah. Yang paling penting enjinnya.” Manusia juga begitu bukan?
  • Memang lelaki sukakan wanita. Jadi, jangan cepat marah apabila dipandang, ditegur, diusik mahupun dipikat lelaki. Relaks sahaja. Usah tunjukkan anda terlalu benci dan terlalu suka. Kontrol sedikit. Lelaki yang terasa hina boleh bertindak luar batasan. Kalau tidak suka diam sahaja. Usah keluarkan kata-kata kesat kerana itu akan mencabar ego lelaki.
  • Jika ada rasa tertarik pada seseorang lelaki, perlulah berikan ‘hint’ kepadanya. Jangan berlagak langsung tak ada apa-apa. Lelaki juga penuh dengan sifat malu dan kurang yakin. Bukan semua lelaki berani untuk pertama kali bercakap dengan wanita. Kebanyakkan lelaki gabra apabila dia berhadapan dengan wanita yang diminatinya. Oleh itu, berilah apa-apa syarat atau laluan yang dia boleh melahirkan perasaannya itu.Ramai wanita kurang menampakkan minat untuk didekati tetapi kecewa apabila melihat lelaki berkenaan telah menjalin hubungan dengan perempuan lain.


Terima kasih ‘R’ kerana memberi tiga panduan ini untuk mencari, seterusnya membina hubungan yang berkekalan. Dia nasihatkan aku “usah terlalu mudah didampingi, dan usah pula terlalu susah didekati”. Aku memahami ayat ini kerna aku mengaku yang diri ini amat susah untuk bergaul ‘mesra’ dengan kaum adam. Mungkin aku terlalu banyak *pantang larang* ketika berkomunikasi dengan mereka. Sebagai solusinya, aku akan cuba memperbaiki diri, kerana aku percaya “kecemerlangan hidup insani banyak bergantung pada pasangan yang betul”.


Sebagai ingatan buatku
Aku ada terbaca di majalah mengenai seorang wanita solehah pernah menulis begini, “Bentenglah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan takwa kepada Allah, hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.”.
Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang wanita telah melakukan solat 5 waktu dengan sempurna, berpuasa di bulan Ramadhan cukup syaratnya, menjaga maruah dirinya, serta mentaati suaminya, maka di akhirat akan diseru untuk masuk ke dalam syurga dari pintu arah mana yang dia suka”. (Riwayat Al-Bazzar)


Nasihatku pada semua sahabat, binalah hubungan untuk matlamat yang amat jelas iaitu perkahwinan, bukan berdasarkan nafsu sahaja. Perbaikilah diri, hiasilah peribadi untuk mendapat keberkatanNya. Jadikanlah perkahwinan jambatan menuju ke redha Allah.
Selamat Beramal…

Wassalam~

No comments: