Saturday, April 3, 2010

Fikirkan Kau Boleh

Salam
Kalau ikut hari, baru 2 hari aku selesai menduduki exam.
Sekarang ni dah kat rumah, balik seminggu sebelum memulakan praktikal di Zailan & co selama 3 bulan. Gementar ada, takut ada, teruja pun ada nak bekerja di audit firm buat pertama kali.

Fyi, semester ni aku hanya 4 subjek.
Walaupun 4 subjek, tapi kesibukannya seperti mengambil 6 subjek.
Tapi, alhamdulillah semuanya sudah selesai.
Exam kali ni, Public Sector Accounting paling susah.
Sekarang ni tawakal kepada Allah ja la.
Usaha + doa sudah. Kiranya apa yang berlaku pasni, mesti ada hikmah tersendiri.

Bermula dengan paper Corporate Finance, exam aku start awal dari yg lain.
Semasa belajar secara berkumpulan di library:

Aku: "aku kena dapat 20 dari 60 lagi tuk pass"
Member 1: "laa, ko target pass je ke. Ko py Carry Mark tinggi kot"
Member 2: "a'ah. Mdm bgtau yg kena set goal lebih tinggi dari yang kita mampu"
Monolog dlm hati aku, 'aku tau la kemampuan aku, sebab tu la target rendah je'
Tiba2, Member 3 tunjuk aku satu buku motivasi. Ada satu bahagian menyatakan tentang sentiasa berfikiran POSITIF, walaupun ia berada di luar kemampuan kita.

Sejurus selepas itu, aku set kan minda:

SAYA YAKIN SAYA BOLEH

Konklusinya, itu aku serah pada Allah.
Ya Allah, lembutkanlah hati pemeriksa kertas untuk bagi markah yang terbaik dalam Exam Semester 2 2009/2010. Amin~


Dan ini cara aku memotivasikan diri hehe..skip ja kalau x nak tgk =)
Background laptop aku for two weeks




Itu sahaja dari aku. Selamat mencuba~

Salam~
Home Sweet Home
6.32 am

2 comments:

hasni said...

wei jay
ko kat umah dah?

helang said...

yup. cuti seminggu mau urus praktikal