Thursday, June 11, 2009

Hadiah untuk mak dan ayah

13/6/2009 Hari Lahir mak aku yang ke 53

21/6/2009 Hari Bapa

Dua2 tarikh yang amat bermakna untuk insan yang bergelar anak. Kalau lah aku ada income sendiri, dah lama aku beli hadiah mahal2 tuk mak n ayah.

But for me, hadiah tak penting. Ucapan dan cukup. 'Sayang' satu ungkapan yang paling susah nak keluar. Ego? Aku rasa bukan kerana EGO. Tapi rasa itu sangat berharga untuk di ungkapkan melalui kata2. Mahal? Aku rasa bukan kerana mahal. Kerana 'sayang' itu tidak ada harga. Hanya dapat dirasai dari hati tulus dan murni.

Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh mak n ayah. Kalau nak duit, brapa saja mereka bagi tanpa mengira kritikalnya ekonomi kewangan ketika itu. Aduh! kalau nak dikira jumlah wang yang dibelanjakan untuk anak seorang, mungkin harganya dah melebihi harga 10 buah rumah banglo yang dihiasi dengan kamar emas. Dapatkah anda menilainya?...

Hadiah yang terbaik buat me
reka, adalah untuk menjadi seorang anak yang 'solehah'. Mengengar kata. Membuat yang terbaik dalam apa jua yang dihadapi. Mungkin aku tidaklah dilahirkan pandai atau bijak dari kecil, cuma aku akan sentiasa lakukan yang terbaik buat mak dan ayah. Kerana mereka adalah "PENYOKONG yang SETIA"

So, kat bawah ni aku beli tuk mak n ayah. Hadiah kecik tapi membawa makna yang besar.

Selamat hari ibu (sempena hari ibu. hadiah ni terpaksa ditunda coz nak bagi tuk ayah sekali =)


Terima kasih mak. Terima kasih ayah.
"Because you believe in me"


12.45 am.
M.Ami.

No comments: