Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Semalam kita meraikan hari ibu. Pagi-pagi lagi aku dah menghantar pesanan ringkas kepada mak, menyatakan doa aku padanya. Alhamdulillah, mak mengaminkan doa tersebut. Mungkin ada yang berpendapat mengapa harus SMS, mengapa tidak menelefon terus. Bagi pendapat aku, ada yang lebih senang call berbanding SMS. Tapi tidak pada aku. Kadangkala ada kata-kata yang tidak dapat diolah melalui perbualan. (Segan punya pasal). Jadi, aku mengunakan SMS untuk menunjukkan perasaan tersebut.

Cikgu Patimah Ali, itu merupakan panggilan mak aku di sekolah. Seorang guru yang sangat prihatin terhadap pelajarnya. Aku boleh mengatakan pujian ini kerana aku sendiri merupakan pelajar Cikgu Patimah. Kami semua adik beradik, hampir kesemua 100% bersekolah dibawah jagaan mak aku. Menjadi pelajar dibawah jagaan mak sendiri bukannya senang. Kawan boleh jadi musuh. Depan pijak semut pun tak mati, belakang hanya Allah tahu. Aku sendiri pernah menangis depan cikgu sendiri apabila kawan-kawan marah dengan mak aku sendiri. Aku memang seorang yang pendiam bila hal ini berlaku. PENGECUT!. Itu yang mengajar aku jangan lekas percaya manusia. Susahnya nak cari manusia bernama ‘sahabat’, yang boleh menolong kita di saat getir. (Selepas aku lihat sendiri apa yang terjadi pada kawan aku, Nana. Mana pergi kawan-kawan dia, disaat dia terkena ‘benda’ tu!. Tetapi dia bernasib baik mempunyai kawan yang ikhlas. Sanggup menjaga dia, tidur sekatil. Aku sangat terharu. Dan marah pada MANUSIA BODOH! )
-Minta maaf,terlebih emosi pulak =)

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.
~Diambil dari Info Malaya~
8.55 pm
salam~

No comments: