Saturday, March 21, 2009

Hari ini last programme MRC...YeeeeHa~

Awal sem ni, aku pernah nak resign dari MRC kerana terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti S-DEV. Malangnya, principal aku, Cikgu Sabariah hanya boleh melepaskan aku jika ada pengganti untuk jawatan yang disandang sekarang, International Affairs Bereau. Tak sampai hati nak suruh orang ambil jawatan ni disebabkan beberapa perkara.

Aku terfikir untuk melepaskan jawatan ini kerna 'CGPA' last sem ada sedikit jatuh. Ingat hanya diri ini yang tak mampu tuk membahagikan masa antara aktiviti dan belajar, rupanya dari 11 MRCs yang lain CGPA 10 MRC yang lain pun jatuh. Jadi, aku kekal sebagai MRC untuk sem ni sahaja. Next Sem new faces will take over MRC for another one year.


Dan hari ini merupakan program last untuk sem ni. Dari Sport Carnival, Zikrul maut festival, lawatan ke rumah anak yatim bla bla bla..sampai lah ke sewing class. Dah abis..


Gembira + Sedih. Sedih lepas ni mungkin aku dah tak berpeluang tuk bekerja dengan MRC yang lain. Sejujurnya, aku akui yang mereka sangat hebat dalam merealisasikan sesuatu program.


Thumbs up girls...(n_n)

Salam~







Friday, March 20, 2009

Balik Sabah nak makan ape eh?


Pagi tadi adik aku call.

8.30am
Ilah: Assalamualaikum...uiii,tidur lagi ka?
Me: Wslm. Nda la, lama suda bangun. Napa? (walhal aku baru bgn hehe)
Ilah: Nda da papa, mau bagitau mak buat makan-makan di rumah. ada laksa penang dan terengganu.
Me: SEDAPNYA~ala ilah,suruh la mak tggu kadek balik.
Ilah: Mau tunggu kadek balik, mati kebuluran la kami semua bha haha

...

Dua minggu lepas, adik aku call. Nak bagi jelez yang dorang tgh makan udang harimau masak merah....emmmm,sedapnya~ Rindunya nak balik~

Lepas dari tu, aku nak suh mak aku masak banyak makanan termasuklah
  • Nasi Minyak
  • Laksa Penang
  • Laksa Terengganu
  • Udang masak merah
  • Siput Masak Lemak

emmm...yam2~

Banyak lagi sebenarnya. Tapi tunggu~

(pasal tu lah kalau balik rumah aku tak penah terfikir nak diet. Dah la cuti UIA sekejap2. Ape lagi aku pulun la semua hehe)


salam~





Dah nak masuk 'ScaRy' Month

Dah nak masuk bulan April. Bulan yang paling menakutkan.

saya takut kerna:

1. Final exam 6,7,9,14,15 April

2. Nak balik ke rumah. patutnya aku gembira tapi ada sedikit takut. Takut apa? Takut mak aku kata aku makin 'GEMUK' hehe.

3. Takut nak trima call dari adik-adik aku. Ni cerita pagi tadi aku terima. Selalunya sebelum aku balik, adik aku Ilah dan Syafiq kerap sangat telefon. Bukan nak tahu aku sihat ke tak, tapi nak pesan barang-barang nak bawak balik nanti haha..
Dulu aku pernah balik dengan tangan kosong, Ilah dan Syafiq "Nda beli papa ka dari KL?". Ingatkan dorang rindu aku hehe..Sejak dari tu, aku selalu beli something dari KL, kalau bukan barang, aku mesti bawak makanan..

Main Target this sem nak bawak balik:

Bg Wan : Jubah. (yang ada topi kat belakang tu. Nama pun aku tak tau. Suka tgk org pakai ja)
Ilah : Perfume tp mcm tak jd je. Still tggu call dr Ilah..RoGer! (yang murah2 dah la. Dia yang cakap eh =)
Syafiq : Beg galas (hadiah birthday 6/4/2009). Dia kata nak yang ada style sikit. trend budak skrg. Aku manalah tau. Aku tgk bdk2 uia ni bawak beg silang je. We'll see..
Utk mak n ayah: Buah Berangan (mereka sangat suka makan buah ni)
Utk Kak ann n Abg Im: unknown lg...

Nak beli semua ni kena inccur cost. Segan pulak minta dari FAMA hehe. Soalannya, bila masa aku nak beli?? Arghhhhh....


salam~

Minta Maaf semua =)

Minggu ni aku sangat Stress + Bad Mood = Moody~...


Biasalah minggu sblm exam. tambah lagi duduk dalam UIA. seolah-olah duduk dalam penjara . araMerondalam keadaan tidak bersalahta-ronta ingin keluar tapi tanpa arah tujuan. Fikiranku butuh selepas terkena panahan petir bertubi-tubi dari arah selatan..(petir=asgment/test/quiz n etc)


Sory if aku tak terlayan or marah or maybe annoying orang2 kat sekitar ni and ++.. aku minta maaf sangat...


Sory kpd cik Aniz and TQ for being there when I cry hehe..Mesti cik Aniz pelik, but that's the
truth. (Crying without a perfect reason huh!) =)...



Dengan ini, saya, ingin memint maaf kepada semua sahabat handai rakan taulan jika terasa dengan perilakunya sebelum ini.




11.48 pm

CC Aminah


Salam~

Friday, February 6, 2009

Kronologi Bulan Januari..akhirnya berlalu~



Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang bulan Januari :

10 Januari 2009 – 17 Januari 2009 : IIUM Sport Carnival
Anjuran : Sport and Recreational Centre Student Development Division, IIUM

Ini pertama kali aku diberi peluang untuk menjadi Game Coordinator (GC). Tidak terlintas langsung dalam fikiran aku untuk involve dalam event ni. Sesampai saja aku dari Stadium Bukit Jalil ( Asean University Games), aku wajib menghadiri meeting minggu berikutnya. Rupanya Presiden Mahallah Aminah telah memberi nama aku pada S-Dev untuk mewakilkan MRC Mahallah Aminah. Mulanya aku merungut ‘taknak’, tapi apa yang boleh aku buat, dah termaktub dalam nama komiti ada nama aku. Nak tak nak terpaksa jalan =). Best~jumpa kawan baru hehe..

Setiap minggu ada meeting disebabkan proposal dan pelan terpaksa diubah kerana beberapa kesilapan. Aku ada sedikit terkilan kenapa ‘badminton’ tidak tersenarai dalam sukan universiti ini. Walhal, kalau diikutkan sukan ini yang menjadi tarikan para pelajar tidak kira dalam atau luar negara. Sembang-sembang dengan salah seorang main board, dia kata proposal yang di tulis oleh X (bukan nama sebenar) tidak di’finalize’kan sebelum di hantar ke S-Dev. Jadi keputusannya, ramai yang tak puas hati dengan sport kali ni.
Tetapi, thumbs up for the PM Jimmy (Tak tahu nama sebenar =) yang sanggup bertungkus lumus hingga sanggup turun padang pagi petang untuk memastikan semuanya berjalan lancar. I give him a credit because allowed me to rest for two days to concentrate on my exam (OB). Thank you Boss!

Overall, ISC berjalan dengan lancar sekali. Closing terpaksa ditunda ke hari selasa malam disebabkan masalah air di UIA. Yeah! Mahallah Aminah menang sekali lagi tahun ni. Congratulations to all participants from Mahallah Aminah. “We Are the Best”…
-Yang paling sedih, saya lupa nak amik gambar =(



12 January 2009 – Organizational Behavior Examination
Time: 9-12 am
Venue: Kaed Gallery

Special exam only for special person like me hehe. Exam ni dua kali ganda susah compare real exam last semester. Aku tak ada mood nak menghadapi exam, jadi baca pun lebih kuranglah gamaknya.

Exam ni terpaksa dilakukan sekali lagi dek kerna soalan final exam dibocorkan oleh salah seorang lecturer OB. So, OB exam paper a lot tougher than last sem. Although it’s difficult, I managed to answer it but with zero confident. Maybe due to not put 100% effort to read the OB text book. As a result, I’m not satisfied with the gred but alhamdulillah, my CGPA not affected by it =)


14 January 2009 – I’m getting my first braces
Venue : David Specialist Orthodontics
After two years thinking of wearing braces or not, finally I decided to wear braces due to several circumstances. Before wearing it, I search for the best place to consult with regarding braces.

First, I choose Pergigian Kaza at OTK because it near to UIA. So, it would not burden to go alone. Then, the doctor said the specialist Doc David moved to Times Square. Then, he suggests me to go to David Specialist Orthodontics at Megan Avenue. The price lesser for about 1k.

Second doctor I met, Doctor Muhammad Subra at DSO. After consult with him, I surely want to wear braces. The doc said my teeth are moving because gap distance between my teeth to far makes it easy to move. My eldest brother’s and sister’s teeth already moving after reach 20 years old. There might be possibility it occur to me. Thus, I’m wearing braces to prevent it happens.






The price is expensive compare to other place due to the place is next to KLCC. So, I’m using my account for the deposit and for the monthly installment, I get from PAMA =).
I love my ‘gigi manis’, but I think more about my comfort. Which InsyaAllah gives me more confident when I talk =) but wait for two years ++ to make it happens…


22 Januari 2009 – 26 Januari 2009
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre
Anjuran : YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia)

Seramai 150 orang pelajar dari pelbagai universiti menjadi sukarelawan untuk program Festival Ekonomi Islam (I-Fest).

Banyak pengalaman pahit manis ketika menyertai program ini.

Pegalaman pahit :
  • Pengangkutan tidak disediakan. Terpaksa menumpang kereta kawan untuk pergi ke sana.
  • Pada malam hari kejadian (23/1), kami tidak dibenarkan masuk ke bilik kerana prosedur hotel yang mengatakan kami perlu check-in pada hari pertama (22/1). Kami terpaksa menumpang tidur di kamar teman. Cuba bayangkan, bilik yang kecil untuk dua orang disumbatkan lagi tujuh orang. Kami sendiri tak dapat bayangkan keadaan kami tidur malam itu. Bangun esok pagi, semua sakit badan.
  • Esoknya, lapor diri pada jam 9 pagi. Briefing mengenai program. Aku amik kerja sesi pagi 9pg - 4 ptg, sesi petang 4 ptg – 10 mlm. Rupa-rupanya, sesiapa yang telah mendaftar sesi pagi, terpaksa kerja pagi sehingga 25/1. (Kesian dengan students yang nak kerja pagi, terpaksa kerja petang or vice versa)


Pengalaman Manis :

  • Jumpa ramai sahabat dari UM, UPM dan sahabat bidang yang sama..Bestnye, dah tahu perangai masing-masing =) kelakar haha
    Makan memang superb! (for me it’s ok, ada yang masih tak puas hati. Biasalah manusia, lahir dengan pelbagai ragam)
  • Walaupun kami ditegah untuk bertukar shift, tapi diberi kebenaran untuk berehat ketika bertugas. (dah kene bg green light keluar, ape lg kteorg pun jalan2 cari makan hehe…ops!jgn bgtau org lain eh!)
  • Kenal ngan Kak Sham. Our boss during the event. Kalau dengar suara dia, mesti nak dengar lagi. (Ishhh! Tak baik nye aku ni. Minta maaf Kak Sham. Luv U =)
  • Last day, sedih. Penat + letih semua hilang. Bye2 Festival Ekonomi Islam, warga YaPEIM memang the best!


Ni antara program-program yang aku lalui bulan Januari. Next month, kena rest. Busy preparing for the Mid-Term Exam + Group Assignment..Wish me all the best k…



Updated on 31 January 2009. But, uploaded this post for my blogs on x February 2009. Sorry for the delay~



Informal written by JiHa, salam~

Terima kasih cik Ainon


Yeah! sekali lagi Cik Nurainon belanja kami makan aiskrim. Dah kene blanja, kami pun pilih aiskrim paling mahal kat shop hehe.. Sayang enon =)

Ni pantun khas untuk dia:

Pergi ke kelas naik Myvi,
Nasib baik tak jalan kaki,
Kalo dapat 'A' atau 'B', (nasib baik tak 'C')
Belanjalah lagi....haha
Thank U Datin Ainon~

Saturday, December 27, 2008

Sepi = Sendiri

Aku kembali sendirian. Kak Ann baru saja pergi setelah hampir seminggu di sini. Sedih. Itu saja aku dapat gambarkan. Sekarang hanya tinggal aku menyusuri arus kehidupan di sini. Tabahkan hati Jiha!!! Bisikku pada bulan, Kembalikan Temanku...(tak ingat lak hehe. jap eh)

Tetiba teringat filem Sepi. Imaan. Adam. Sufi. Sebuah cerita yang sangat menusuk kalbu. Tambahan lagi, dengan pembawaan para pelakon yang sangat professi dengan watak yang diberi. Menjadikan cerita itu sangat indah.



Tahniah kepada Kabhir Bhatia, pengarah yang sangat pandai bermain dengan 'viewing'. Tetapi setiap cerita sangat pendek. Mungkin Pengarah Khabir terikat dengan 'time line' yang diberi. Flow cerita sangat cantik, tetapi belum sampai klimaks, penonton dah sampai ke pengakhiran cerita. Saya memberi cadangan agar Khabir membuat satu filem berkisarkan kisah dalam filem ini. InsyaAllah ramai yang akan suka kerana setiap cerita pendek ini sangat sedih dan mempunyai kekuatan dari segi emosi. Walaupun ceritanya pendek, tetapi secara jujurnya saya menangis lagi-lagi untuk cerita Sufi. Apa yang disampaikan oleh pengarah adalah realiti, selari dengan maksud SEPI.




Dengan itu saya bagi 6.5/10 untuk filem ini.


Salam~