Sunday, October 21, 2012

'Bukankah kecurigaan telah terbunuh apabila kita bersapa'


Short Film by Rewan Ishak.

Short Film the Best I ever seen. Simple but lots lots of meaningful words which me myself already forgotten.

'Bukankah kecurigaan telah terbunuh apabila kita bersapa' - Usman Awang

Dah lama x baca karya Usman Awang.

Suka watak : Cikgu Roslan. Nampak muka cool tp kelakar. Eh! itu pulak ak tgk.;)

Nak ulas panjang tapi banyak kerja x siap lg. Esok kena submit dah. 
Ok bai

Salam 
^_^




Lepaskan ia Pergi


 Sedih kan lepaskan sesuatu yang bukan hak kita.

Percaya dengan takdir Allah.

 Sesungguhnya, rancangan Allah tu hebat.

Lepaskanlah ia pergi duhai hati...


...Terima Kasih Allah...

Wednesday, October 17, 2012

Wajah

Ayat-ayat yang sangat menyentuh hati dan perasaan tatkala teringat mak dan ayah. 



Ingat lah, setiap perbuatan kita hari ini adalah cermin cara didikan mak ayah. Aku percaya ada diantara kita yang dilahirkan di dalam keluarga yang kurang baik dan kurang pengetahuan ttg agama. Namun itu bukan alasan yang kukuh untuk kita mengabaikan perintahNya. Dengan teknologi yang canggih, aku percaya dakwah ajaran tentang islam mereka terima, tetapi mereka hanya membutatuli, tidak mendengar apatah lagi melakukan. Tahu tapi masih memegang kata-kata "belum terbuka hati" atau "nak pakai tudung kena ikhlas" etc...pelbagai alasan diberikan. Namun mereka kena ingat dan mereka pasti tahu, ajal maut di tangan Allah. Jadi kalau tahu, mengapa harus menangguh perkara2 wajib seperti solat dan menutup aurat? Jangan disebabkan kita, mak ayah tidak tenteram di alam sana. Nauzubillah~ Konklusinya, seteruk sehina mana pun mak ayah kita, janganlah jadikan alasan untuk kita tidak melakukan perintahNya. Baiki diri untuk menjadi muslim/muslimah yang baik dan taat agar doa kita dapat menolong kesejahteraan mereka di alam sana kelak. InsyaAllah...

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :

 “apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Tuesday, October 9, 2012

Hari ni hari sedih bagi ibuku. Gambar ibuku dipergunakan oleh pelajarnya untuk benda2 yg keji. Hati seorang guru mana yang tidak terguris jika perbuatan ini dilakukan oleh anak didikannya sendiri. Kadang-kadang aku perasan ibuku menangis ketika sedang berdoa. Tabahnya ibuku melalui saat2 seperti ini. Adakah aku setabah itu......? 

Rasulullah bersabda: 
“Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).




amin~

mode: mcm nak Demam. semoga menjadi kifarah kepada dosa-dosaku. amin~

Salam

Sunday, October 7, 2012

Politik Malaysia

Pening dengan politik Malaysia sekarang ini.
Kadang2 malas nak ambil tahu, sebab kita tidak tahu kebenaran berpihak sebelah mana.
Mana satu yang betul, mana satu yang salah. 
Kata lah apa-apa pun. Aku dengar, tapi tidak berani sebarkan kerana takut sebenarnya fitnah.  
Jika aku tahu dan pasti kebenarannya, aku cuba usaha betulkan. Jika tidak, baik diamkan diri. 
Cuma aku masih percaya, sekotor mana pun politik itu, masih ada manusia yang mempertaruhkan politik untuk menjaga agama dan rakyatnya. Takut kelak orang Islam terkubur begitu sahaja. 

Yang paling sedih, apabila badan2 NGO khususnya kepada badan dakwah bertukar menjadi medan pertaruhan politik. Sedihkan... 

Tetiba mood #peningpolitik hehe

^_^