Wednesday, December 30, 2009

Bila perempuan bershopping...

Salam

Bila perempuan bershopping
Anak laki semua tinggal belakang
Depan mata hanya nampak barang
Tapi jangan lupa waktu sembahyang...

hehe

Saja nak cipta pantun tak jadi. Tahun 2009 dah nak berakhir. Jadi sales pun dah nak berakhir. Pergi sana, 50%. Pergi sini, 70%. Pergi situ, 80%. 100% xda pulak?
Kalau ada 100%, lama dah aku pegi. Sebelum bukak, aku akan tunggu di depan pintu.
Tapi dengan syarat, barang2 kena berkualiti. =)
(ceh, demand pulak)


Ni hanya gambar hiasan. Time Happy Hour kat Jusco Mid Valley. Nasib baik beg2 tu bukan choice aku. (Jimat duit he~)

Esok dah 31/12/2009. Lusa dah masuk new year.
Makin meningkat umur, makin banyak benda kena fikir.
Study + Work + Kawen (hihi)
Yang paling sedih, ni tahun terakhir aku di UIA. Nanti semua dah ada haluan masing2.
Mesti tak best =(

Hidup mesti di teruskan...
Azamku masih lagi tersemat di jiwa.
Hanya aku dan Dia tahu.
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Amin~

Salam
M.Ami
11.29pm

Sunday, December 27, 2009

semuanya cun saja..

Salam

Lama x update..

Hilang...tapi jangan risau, aku masih wujud lagi hee~

Bosan? x bosan pun
Nak fokus blajar? fokus ke..mungkin kot. subjek last sem sangat2 susah bg aku. struggle until death..tapi alhamdulillah, semuanya cun saja~

Tapi yang pasti + sure = laptop buat hal. BB ada pun, terpaksa guna laptop rumate ku (cik teha tgh dating, pinjam yeeee)..

skg ni, weekends duk bilik. xda program langsung. org still ty aku " x bosan ke duduk blik?", tp mesti jwb "x bosan pun". Ok fine, tipu. Bosan tp still rasa cuti x cukup. Org mesti cakap aku punya banyak waktu nak study. tp x study pun. mlm ahad mulalah nak buka sana buka sini nak tgk apa blaja minggu lepas. (kepada sabahan2 yg studi kat smnjg, sila jgn tiru aksi ini. Aksi ini sgt merbahaya kpd GPA + CGPA anda)

Dah msk minggu ke 5, byk asgment menunggu ku. Nampaknya pasni kena rajin2kan diri k. Pesanan tuk diri yg masih x sedar diri dah final year =)..

Untuk permulaan, mcm biasa. aku akan wat schedule tuk diri yg selalu alpa ni. Dulu pernah terjadi, nex wek kena hantar 1 month period py asgment siapkan dlm 3 hari. Tidur aku terpaksa di'reduce'kan dr 7 jam ke 4 jam. Kerna apa, kerna lupa!. Aku pun manusia. Learn from the past. Sejak dr tu, adalah WAJIB bgku tuk wat schedule.Aku akan tampal schedule ak kt board, walaupun x la lawa, tp ia sgt membantu. TRUST me, ia sgt membantu.
(cewah, mcm budak law je hehe). Kalo kwn ak tgk, "bgusnya ada schedule plan sendiri". Dengan rendah diri aku kata "xda la, ak cepat lupa. kena tulis br ingat".

ni gambar mengarut aku letak time wat schedule smlm:
sapa nak ikut, silakan. sapa x nak, dah, skip entry ni. he~


keadaan meja yg x terurus



ni cara nak jimat duit (padahal kes kedekut nih hehe). Planner kat luar paling murah RM 6.90 (jgn risau aku dah survey). Yg ni x smpai RM 0.50.kan dah jimat. Pastu, letak la date tuk presentation ke, quiz ke, midterm ke dan sewaktu dengannya.


Lekat kat board. Ingat, balik bilik sentiasa update k. ignore kat laptop tu, lagu seribu kenangan. hehe. saja nak feel~(n_n)

Tukar topik (saja nak tulis coz i'm in a good mood):

Bajet 2010

Salah satunya, PTPTN tukar biasiswa kalau CGPA 3.50 and above. Yg ni aku setuju. Tapi untuk UIAM aku rasa kena 3.30 dah boleh tukar biasiswa. Sedia maklum, pelajar uia terpaksa melepasi beberapa subjek dimana universiti lain x ajar pun. (cth UNGS 1,2,3. EAP+ EOP, +++. And i just know dat accounting papers at IIUM are the hardest of all. itupun selepas di scan beberapa kali tuk standardizekan ngan U yg lain (dapat tau dari Mdm Putri, advisor for accounting department). Mungkinlah salah satu untuk membezakan antara universiti2 yg lain. But still, government should consider it too. Ni hanya pendapat semata2. jgn marah yeee~

Satu memang ak tak setuju dan menentang, kalau government nak impose GST (Good and Service Tax). Kesian warga miskin. Nanti dorang nak makan ape?..
Hmmm~fikir2kanlah..

Salam.
M.Ami.
12.18 am







Friday, October 2, 2009

Lelaki Cantik vs Perempuan Gagah

Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

source from: FB =)

salam~

Monday, September 14, 2009

Beza antara perempuan dan lelaki


kata orang :

"perempuan bertindak mengikut emosi"

"lelaki bertindak mengikut akal"

Adakah ia benar?

Kes 1

Lokasi: Dapur
Watak: antara ayah dan anak (sy sendiri =)

Peristiwa ni berlaku selepas tarawih. Balik dari surau, si anak keluarkan sebotol susu bandung yang beku dari peti ais. Pastu letak atas meja, nak bagi cair + senang nak minum nanti. 10 minit selepas tu, datang si ayah. Ayah amik satu piring letak botol tu sebelah rice cooker nak bagi cepat cair. Piring diletakkan dibawah botol agar air yang terkondensasi tadi tidak melimpah. Walhal, si ayah tidak terniat nak minum pun.

Kes 2

Lokasi: tgh nak parking keta
Watak: skali lagi anak dan ayah (me again =)

Si anak baru balik dari sekolah (amik adik). Sampai rumah tgk paking besar, jadi parking sesuka hati ja coz dah nak waktu berbuka. Si ayah nampak trus tegur "adik, betulkan balik paking tu, nanti senang satu lagi kereta parking". So, si anak keluarkan kereta balik nak betulkan cara yang betul. Ni bukan skali dua, kadang2 si ayah akan amik kunci kereta nak betulkan cara parking, nak elakkan kerja dua kali la katakan..

Kes 3

Lokasi: ni takda lokasi. terbaca kat saifulislam.com
Watak: suami dan isteri

Si isteri dok penyek2 ubat gigi. Si suami pun geram melihat reaksi isteri yang sesuka hati memicit ubat gigi tu. Lalu, si suami mengambil ubat gigi tersebut dan memicit mengikut tertib, dari bawah ke atas. Kemas nak dibandingkan cara isteri.

Kesimpulannya

Amik dari kata2 Imam Ghazali :

“lelaki diciptakan Allah 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah 1 rasional 9 emosi

Memang perempuan ni bertindak mengikut nafsu. waktu membeli, waktu makan, waktu memberi dan menerima, waktu tgh marah dan sewaktu dengannya hehe..

Tapi ingat, emosi itulah pelengkap kehidupan pasangan adam dan hawa di muka bumi ini.

Emosi=untuk membelai, mewujudkan perasaan kasih sayang antara dua insan

Akal=bagi memimpin untuk menunjukkan jalan kepada emosi untuk membuat keputusan secara rasional tidak berdasarkan nafsu semata-mata.

9 Akal untuk memimpin 9 Emosi


Betul tak?

Ada seorang hamba Allah bagi aku peringatan:

Allah menciptakan lelaki dengan akal dan rasional, bukan emosi. Dia menciptakan perempuan dengan emosi, untuk menyayangi. Apabila akal bertemu emosi, di situlah punca segala kejayaan, insya Allah, jalani saja fitrah ketentuan – Nya

Terima kasih wahai "seorang hamba Allah"..

Salam~
Home Sweet Home
12.54 am

Saturday, September 12, 2009

Last raya with my sweet teeth

Okee... Lagi2 pasal gigi.

Sebab apa? Mengapa? Kenapa?

kerna ianya efeksi keadaan diri sekarang ini.

Dr muhd Subra: How's ur teeth?

Me: Ok la. Uncomfortable yes.

Let see...




All items kat atas ada inside my mouth..

Finally, after 8 months waiting for dis moment.

me: "Bila doc nak tarik gigi blakang ni?"

Then he says "dah bole tarik skg ni.

Tapi I nak bagi U raya dulu.

Nanti U xleh makan ape2.."

Aku ingat yg aku rs skg ni dah cukup sakit. Rupanya ada sakit 10000X lagi dari ni. Doc said juz prepare..

Oh Tidak!!!!


Saturday, August 29, 2009

Trip to Economic Planning Unit, Putrajaya


14 Og0s 2009

Academic EMSS had organized an educational trip to Economic Planning Unit, Putrajaya.
The journey to Putrajaya start late due to some of the participants (including me) have to sit midterm exam for Decision Making and Control paper from 10am to 12pm.

The Economic Planning Unit situated at the middle of Bangunan Perdana Menteri, Blok 6.

The trip is all about the economic planning of the government for Malaysia.
The talk supposely done by one of the Prof in EPU, because of some reason, the speaker changed. A new worker take over (I think as look to her appearance n not very good prensentation). Makes me a little bit dissapointed. The speaker does not know everything about what her try to present/explain to us. Maybe, it is because last minute change/decision.
But still, she has to get ready for all consequences later during the QnA session.
The speaker keep said "i don't know the answer". What the heck!
Please don't make us regret the trip just wasting our time!



One more thing, I'm very2 dissapointed about EPU is about the 'Pak Guard' or should i say 'pakcik polis'. Layanan paling buruk aku penah hadapi! Tak MESRA langsung. Apa yang buat aku sangat marah bila 'pak gad' tahan kereta kami ketika memasuki ke bangunan PM. Without saying anything, dia biarkan kereta kami di tepi tanpa memberi sebarang arahan. Kami orang baru pakcik, mesra la sikit. Bagilah kami sedikit panduan untuk masuk ke dalam EPU. Itu pun sangat susah ka?

Disebabkan kami terdampar di tepi jalan (macam orang bodoh). Kami pun keluar balik dan meletakkan kereta di tempat yang amat jauh. Seterusnya adegan yang amat 'rude' bagiku. Kami berjalan kaki memasuki bangunan PM. Amik pas masuk kat pintu masuk selepas seorang makcik memberitahu kena tinggalkan IC/lesen untuk memasuki EPU (amat berterima kasih). Tiba-tiba, ada satu suara besar mengatakan "Tahu pun amik pas..." dengan nada yang kuat. Ketika itu kami berada diseberang jalan dari posisi pakgad tersebut. Malu? Buat apa nak malu, aku lebih malu mempunyai POLIS yang amat kurang budi pekerti. Bikin malu negara.

Kepada pakcik polis ni: Tolonglah berbudi bahasa sikit. Kita ada adat, orang sesat kita tunjukkan jalan. Ini lagak bagai ada dendam tersirat. Lagi-lagi berada di bangunan Perdana Menteri. Kalau orang luar dilayan sedemikian, persepsi mereka akan berubah.

Overall, trip ini amat mengecewakan EMSS. Apa yang kami harapkan agar pihak EPU lebih toleransi dalam memberi pendidikan yang terbaik mengenai ekonomi negara. Eksplenasi aluran mengenai struktur masuk keluar kewangan dan ekonomi negara. Perhubungan politikal dalam ekonomi dll.

Saya mohon agar pihak EPU dapat melaksanakan program ini masa hadapan dengan lebih serius. Kasihan kepada UUM kerana sanggup datang jauh dari utara untuk mendengar dan menambah ilmu mengenai EPU. Hasilnya?


p/s: gambar atas sekali tidak ada kena mengena dengan pakcik polis yang tidak berbudi itu k. hehe. Pak cik polis dlm gmbr tu sangat sporting. =)

salam
11.00pm
M.Ami.

Friday, August 28, 2009

24/8/2009 - Kisah di Hari Lahir ke 22

24 0g0s 2009
Tarikh bersejarahku
Pengulangan imbasan refleksi diri kian berubah
Aku semakin dihentam dengan pelbagai
cabaran
dugaan
dari segi mental fizikal
dari segi rohani dan jasmani.
Kesahihan diri aku sebenar kian menyinar
naluriku harap agar dapar menjadi seorang sutradara yang berjaya
tidak hanya di pentas dunia
yang penuh dengan tipudaya syaitan
termasuklah harapanku penuh
agar dapat melepasi pentas yang kekal abadi.

Chewah...saja nak feel setelah umurku menjejak ke alam 22 tahun. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku kerna bertungkus lumus menyambut hari lahir aku di Johny's Wangsa Maju.
It was unexpected, but not extremely unexpected coz sya dah ty aku 'nak sambut kat mana?'. Then i already some instinct about this hehe...sorry =).

Birthday aku disambut bersama sahabat baikku, Nurainon Abdul Karim (14/08/2009). Sorry ainon x dpt nak celebrate birthday on time coz busy dengan midterm. Sharing is caring. hehe.

So, I agree blog yang mengatakan 'blog yang x boring ialah blog yang banyak gambar'.
Just look at the pics i upload k..



Ni kad aku n ainon dapat dalam kereta. Kad VVVVIP hehe


Kek Coklat...mmm dap nya~


Buat muka serius. Kami x tau kena pakai mahkota nanto hehe





Terima kasih kepada sahabat2 baikku:
  • Cepah
  • Imah
  • Aniz/Shoutwards
  • Nad/Mak
  • Pika
  • Lea/Ladu
  • Syu
  • Syaa AF2009
  • Kak Diana
My Rummies:
  • Cit2/Teha
  • Yambo
  • Daia

Sebagai penghargaan untuk diri sendiri, seperti biasa aku beli buku. Tajuk Buatmu Wanita karya Suzana Ghazali. Buku ni banyak tentang menerangkan hak wanita sebagai seorang anak dan isteri dari segi undang-undang dan pelaksanaan. Tapi tak habis baca lagi hehe..


Sampai di sini sahaja..=)

Salam
2.52 pm
M.Ami.

Saturday, August 22, 2009

Terima kasih dayah



Hadiah ni dari rumateku Daia.

Terharu coz baru ja kenal dia sem ni.

Dia bg time aku study for midterm.

Aku kata "awal lagi"
Daia kata "takpe"
So, ak decide nak bukak hadiah dia tepat kul 12 mlm ni.
(memandangkan hari ni 23/8/2009)

Daia seorang yang:
-sangat positif
-powerful young ladies
-friendly
-open minded
-n etc...hehe

Tp yang paling penting, dia sangat baik =)

Tq so much Daia.

~Luv U~


Friday, August 21, 2009

Sunday, August 9, 2009

Perempuan Berkalung Sorban



Seperti yang dijanjikan, saya akan mengolah tentang cerita Perempuan BerKalung Sorban. Akan tetapi, saya tidak dapat beri 100 % komentar kerna belum lagi membaca novel ini karya
Abidah Al-Khalieqy.

Filem ini mengisahkan perjuangan seorang wanita tentang erti kebebasan. Kita dapat lihat Anisa (Revalina S Temat-pelakon bawang putih bawang merah), berusaha untuk mengubah kefahaman pasentren/pondok yang mengatakan ajaran Islam mengharamkan perempuan keluar dari rumah tanpa muhrim, walaupun untuk belajar.

Kalau kita dapat lihat, dalam filem ini. Sesiapa yang belajar di pasentren hidup dipenjara. Hidup dikelilingi pagar besar. tidak ubah seperti penjara. Para pelajar tidak dibenarkan membaca buku lain selain kitab yang disediakan. Oleh yang demikian, pemikiran mereka terhad dan sempit kerna hanya berpandukan buku tentang ilmu agama. Walhal ilmu dunia itu sangat luas.
Idealistik dan kefahaman orang berlainan.

Walaupun isu yang sama, pandangan orang itu berbeza.
Di situ pentingnya pendedahan tetang perihal duniawi.

Paling sedih, semasa ayah Anisa berkeputusan untuk mengahwinkan Anisa dengan lelaki pilihan keluarga. (Sila nonton sendiri kerna ceritanya sangat panjang untuk diceritakan =). Ayah Anisa dan abang sulungnya (tak tahu nama hehe) masih mempertahankan kefahaman tersebut sampai Anisa keluar dari pasentren meneruskan impiannya untuk menjadi seorang pelajar. Di situ, kita dapat lihat kepayahan hidup anisa bermula. Dia berjumpa dengan bekas pelajar pasentren yang menjadi GRO. Tetapi itu tidak mematahkan semangat Anisa. Di kolej, dia tidak mempunyai wang untuk makan dan hanya bergantung pada hasil wang dari artikel yang dihantar kepada akhbar. Anisa amat beruntung mempunyai seorang kawan (sekali lg lupa nama) yang selalu menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

Anisa bertemu dengan cinta lama, Khudori. Untuk mengelakkan fitnah dan kewangan, mereka bernikah. Dipendekkan cerita, Anisa menjadi seorang peguam Shariah. Suaminya meninggal dunia akibat dari kemalangan. Akhirnya Anisa mempunyai kekuatan untuk bersuara mengenai erti kebebasan setelah ramai pelajar yang ingin mengikuti jejak langkahnya. Lalu, mini perpustakaan dibina untuk menempatkan buku-buku untuk pelajar agar mereka dapat didedahkan dengan ilmu-ilmu duniawi dan juga ukhrawi.

Apa yang menyebabkan Filem ini kontroversi:

  • Ramai ahli-ahli agama yang menentang filem ini kerana bertentangan dengan ajaran Islam "Jelas dalam Quran dan Hadith mengharamkan kaum wanita untuk keluar tanpa muhrimnya, meskipun untuk belajar". Dalam Islam, tidak ada satu pun ayat pun dalam Quran dan hadith yang melarang perempuan untuk keluar dari rumah. Bahkan dalam Islam ada mengatakan "janganlah kamu melarang perempuan-perempuanmu untuk ke masjid (menimba ilmu)" . Di petik dari satu hadith- Imam Besar Masjid Istiqal, Indonesia.
  • Perbandingan antara Quran dan Hadith dengan buku-buku komunis (buku luar dari bidang agama). Banyak kritikan dari para penonton yang mengetahui budaya hidup pasentren. "Filem ini sangat bodoh". "Filem ini sangat sesat lagi menyesatkan".
  • Lagi satu apabila ibu Anisa melarang Anisa untuk menunggang kuda. Padahal pada zaman Nabi, ramai kaum Hawa yang menunggang kuda.

Pendapat Helang:

Filem ini memang menjanjikan kontroversi bagi pihak-pihak yang memahami dan mengetahui budaya Pasentren itu sendiri. Untuk penonton yang tidak ada pengetahuan budaya tersebut, mungkin pendapat mereka belainan. Saya pasti ada yang di luar sana tidak mengambil kisah tentang apa yang diutarakan oleh para pelakon dalam filem ini. Ini kerana bagi mereka isu yang di naikkan adalah mengenai seorang wanita yang berusaha untuk keluar dari kepompong hidup pasentren dan mengubahnya kepada kefahaman Islam yang sebenar. Ini adalah baik kerna ia menjelaskan kehidupan sebenar Muslim merujuk kepada apa yang disyariatkan oleh Quran dan Hadith. Oleh itu, pengarah menaikkan ayat 'jelas melarang wanita untuk keluar tanpa muhrimnya' untuk diperbetulkan semula kefahaman tersebut melalui perjuangan Anisa.

Pengarah filem ini sepatutnya menghalusi budaya pendidikan di dalam pasentren itu sendiri sebelum membuat keputusan untuk memilemkan novel ini. Mungkin apa yang dikaitkan oleh novelis Abidah adalah berbeza. (tidak akan mengolah lanjut kerana belum membaca novel ini). Sepatutnya, setiap dialog yang diutarakan harus diperhalusi dan didalami sebelum diutarakan untuk mengelakkan bidasan para ahli agama kerana mereka lebih mengetahui.


Tangis Perempuan Itu

Ketika perempuan itu menangis
Dan tak ingin mengusap basahnya dengan kain..
Ia tetap getir mendekap erat Kitab itu..
Walau dengan itu orang lain ingin melukainya..
.
Dan aku berdiri gemetar saja..
Ketika perempuan itu menangis..
Mendengar riuh tertahan isaknya…
yang mendentumkan tiap air mata yang meretas lantai..
Bahwa tidak mungkin risalah ini menyakitinya…
.
Ketika perempuan itu menangis…
Jariku tertatih laju ingin mengusapnya..
Memeluknya..Melindunginya
Menghangatkannya dari laguan dingin itu…
Tapi jeliku tiada pernah berkenan…
.
Karena hatiku tahu…
Ketika perempuan itu menangis..
Dia menangis karena yakin masih mampu bertahan…


-Diambil dari beberapa rujukan termasuk pengolahan pendapat dari para blogger-
p/s: minta maaf jika ejaan perkataan salah. (n_n)

Salam~
M.Ami.
11.00 am

Friday, August 7, 2009

Book Fair Family/ My new Family

Finally i have time to update my Reaksi Helang Blog.

Dah lama terkubur dek kesibukan masa bersama keluarga Book Fair n friends.

So, let take a look some pics..
Start with convoi pics.
Memori paling best coz even penat, kami tetap enjoy..

Pin Pin Pin..
5 kereta kena guna tuk 2 pusing 1 uia.
Minta maaf to all students. Menganggu kah?
Juz nak promote E-Fest hehe




We hangout together pg makan kat Gombak Station.





Me and My information counter





BBQ Time kat rumah Amirul. Thanx pada ayu,dina,ain, nad, nadia, amirul and sesiapa shj yang tolong masak n bakar makanan. Sangat Sedap!!!


Date: 2/08/2009 (Sunday)
Trip to Bukit Cerakah.
konvoi lagi- 5 kereta digunakan

-Suposely 1 have two events kene attend. Tapi disebabkan mereka ini sangat best! I sacrifice everything juz to spent time with my BF (Book Fair not boyfren k) family.
As a result, MEMANG BEST!



Kumpulan Anggur

Kumpulan Pulasan

Kumpulan Pala

Kumpulan Manggis


Naik Basikal
Makan Kelapa
Main games..
Dapat hadiah...

MEMANG BEST!



Thank You to all comities yg banyak menolong Special Task n Catering.

Thank You:
To my assistant, Pika and Lea.
To all yang contribute idea for decoration stage n IC.

To :
  • Pika (Myvi Hitam)
  • Teha/Cit2/Kak Ros-the gang (Myvi putih)
  • Amirul (Avanza)
  • Nadia (ViVa Biru)
  • Azharul (Myvi Oren)
coz tumpangkan saya yang takde kereta. hik2..

p/s: Sijil dah siap. InsyaAllah next week sy bagi.
Tak sabar nak pegi EPU, Putrajaya. Smoga Allah permudahkan perjalanan program Academic, EMSS. Amin~

Salam.
M.Ami.
1.32pm

Friday, July 31, 2009

Best Pictures of all!

Kami ada sepuluh org. Tp sedihnya tak cukup. So, kepada geng2 mainboard kelab single hik2, nanti kita gambar kat studio eh.


Salam
M.AMi
12.45 pm

Thursday, July 16, 2009

Economics Fiesta (E-Fest)

Salam.
I will not updating my blog for a few weeks due to this event. Sorry for that..


Economics Fiesta 2009 or E-fest will be organized by Economics and Management Science Society which is under Kuliyyah of Economics and Management Sciences, IIUM.

Venue: Cultural Activities Center(CAC)
Date: 19th -25th July 2009

There are 9 sub-programme under E-Fest:
  1. I-Tech Fair
  2. Book Fair
  3. Business Exhibition
  4. Business Seminar
  5. MUslim Bazaar
  6. Forum Bicara Ad-din (collaboration with IKIM)
  7. Econs Sprint
  8. Going Green
  9. Health Care Theraphy Campaign

If you want to see Helang, insyaAllah I will be here..


Hope to see you..

For further information, please log on to:
http://economicsfiesta.blogspot.com

tata..

salam.
2.04 pm
M.Ami.

Saturday, July 11, 2009

My new AddicTion

Dulu, aku pandang rendah ngan kamera ni, lomo. Sekarang ni, aku dah jatu hati. Gambar dia cantik kot...

Shepah yang mula kenalkan aku dengan dunia lomo. Time tu tak berkenan lagi.
Apek @ AMir Zakwan, orang yang berjaya yakinkan aku. "Lomo Best!'.
Lagi2 selepas dia upload gambar hasil dari kamera lomo, Holga.

Bak kata org, "Cantik siot..." atau "Cantik gle.."

So, my new target nak beli satu. Nak ade sendiri. Baru best bergambar. Mcm gambar2 old skool gitu.



Bawah contoh gambar lomo. Amik dari google je hiihi..


Bawah ni, Apek tgh mengambil gambar menggunakan Holga.


Gambar diatas pulak ditangkap menggunakan DSLR.

Tapi yang pasti, I'm still searching a way to get this.
just wait and see.

7.30 am
Home Sweet Home.